Pages

Sunday

Takde Idea Nak Tulis Tajuk.

Assalamualaikum semua.

Saya baru sahaja ada kesempatan untuk menghadap dan menaip dalam blog ni. Almaklumlah, saya baru saja pulang dari kampung di Kota Tinggi, Johor. Tujuan ke sana adalah untuk menziarahi nenek saudara saya yang sedang nazak dan pada keesokan harinya, dia sudah pergi meninggalkan kami semua. Al-Fatihah.

Di kesempatan itu, saya sempat pergi berubat untuk menyembuhkan sakit pinggang saya ni. Makcik saya yang memperkenalkan keluarga saya kepada pengamal perubatan kampung tu. Nama perubatan tu, Sangkar Putong. Ramai sangat customer dia. Yang datang semuanya patah2 kaki dan tangan. Keadaan yang mengerikan. Menurut mereka yang sudah berpengalaman berubat di situ, semua mengakui bahawa perubatan cara itu sangat berhasil. Tapi, saya ni tak sembuh2 pun. Hu hu hu.

Apa yang pasti, badan saya ni sudah terlalu letih bila berjalan jauh. Macam da tua saja saya ni. Tak tau la ni nak balik Kuantan macam mana. Dengan pinggang yang tak stabil. Dengan keadaan hidup kat sana nanti. Memang saya perlukan azam untuk meyakinkan diri minum susu. Kenapalah saya ni tak boleh langsung telan susu. Kalau telan, mesati nak muntah. Rasa susu tu yang memualkan. Blerghh!

Untuk memulakan perniagaan di kampus pun memerlukan keadaan badan yang kuat. Ye la. Sekarang ni mana la saya boleh nak angkat2 berat. Patah pinggang saya ni. Ini pun sedang menstabilkan pinggang ni. Wrapping it with 'special' belt. Kalau setakat bisnes craft ni, alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah sebab memberikan saya peluang untuk menghasilkan handicraft seperti ini. Ada la sikit duit poket nanti. Ayah saya tak bagi buat pinjaman dari PTPTN memandangkan keadaan saya yang mungkin tidak mampu nak membayarnya suatu hari kelak. So, hutang saya dengan PTPTN adalah sebanyak 8ribu lebeyh untuk program diploma dulu. So, untuk mengurangkan beban my parents, kena la saya berikhtiar cari duit poket sendiri. Semoga Allah membantu saya. Dan saya sudah cukup bersyukur kerana Saufi pun mahu menolong saya dalam mengeluarkan modal untuk bisnes yang bakal saya jalankan kelak.

Seperti yang sedia maklum, saya dan adik perempuan saya kerap sangat bergaduh. Dan saya tak nak menulis mengenainya.

Harini saya perlu siapkan order lagi dari rakan2 sebab saya nak cuba hasilkan produk baru. Saya masih lagi tak berkesempatan untuk membuka blog untuk bisnes saya ni. Insyaallah, suatu hari nanti saya akan buka jugak.

OK. Saya perlukan semangat dan jiwa yang kental untuk meneruskan hidup ni. Akhir kata, saya selalu berpesan kepada diri sendiri bahawa, kitaran hidup manusia macam roda, tak selalunya berada di atas, dan juga di bawah. Seandainya kita di bawah, cuba lihat di bawah kita lagi, masih ada lagi yang susah dan sesak dari kita. Seandainya kita di atas, bersyukurlah dan jangan berasa riak dan lega, sebaliknya kita kena sentiasa beringat dan berhati2. Saya harap, saya tidak akan pernah berasa riak dan sombong apabila saya dalam keadaan senang. Keran dulu, saya pernah merasa susah dan sesak.......

No comments: