Pages

Sunday

Tron Legacy. (Deli Belanja!)



Semalam saya membawa adik lelaki saya menonton movie, Tron Legacy. Sebenarnya saya da berjanji dengan dia 4 hari yang lepas. Tapi, sebaik sahaja saya berjanji dengan dia untuk menonton,tengahari itu ayah saya kata nak pulang ke kampung sebab arwah nenek saudara saya sedang nazak. So, postpone la sampai ke hari esok.

Sam Flynn yang macho gila!

Apa yang saya nak kata di sini ialah movie ini sangat memukau mata saya. Eventhough saya tak paham langsung jalan cerita ini pada mulanya, tetapi, disebabkan graphic yang memukau mata, saya bersungguh2 nak fahamkan jalan cerita movie ini. Tengah sakit pinggang pun boleh hilang sakitnya. Canggih gila!

Quorra yang cantik sangat!

Tapi, kaum perempuan yang menyaksikan movie ini sangatlah sedikit. Sehinggakan Deli berkata,"Lega kita dunia tak kiamat lagi." Saya bertanya sebab apa dia berkata begitu. Jawapan dia, "Ramai lelaki yang tengok Tron. Kakak sorang je perempuan." LoL~! Yup! Memang saya sorang saja perempuan yang tengok Tron Legacy. Ha ha ha!

No comments: