Pages

Thursday

Apabila Ibu Bapa Terlalu Berkira Dengan Gaji Pengasuh Anak-Anak...

Yeay! Hari ini sudah hari yang keempat Iman dijaga oleh Mama dan saya. Dan dia semakin bulat! Pipi dia semakin menggeleber dan perut dia semakin buncit. Tentunya Saufi menangis apabila melihatkan pada perut Iman sebab terpaksa akur dengan kekalahan perut Iman yang buncit itu! LoL~! Alhamdulillah. Ibu Iman pun kelihatan seperti baik sekali. Tak kedekut. Bagus2! Ibu Iman pun sudah settlekan tawaran LI Didi di Malakoff. Jangan jeles! Allowance RM700/sebulan! Tapi, Didi memang layak pun. Pointer sangat tinggi walaupun kos Chemical Engineering sangat susah. Tahniah Didi.



Berbalik kepada tajuk entry, sesiapa yang terlalu berkira nak bagi pengasuh anak2 duit, silalah berubah sikap. Jangan terlalu kedekut beb! Syukurlah. Sepanjang Mama saya menjadi babysitter since Bari dulu sampai la ke Iman sekarang, parents diorang tak kedekut pun. Siap boleh deal lagi bayaran untuk Mama jaga anak diorang. Mama mintak bayaran yang sama macam orang lain. RM250/sebulan. Mahal ke?

Ok. Kalau mahalkan...cuba korang fikirkan. Nyawa baby atau bayaran babysitter yang mahal?

Di sini saya sertakan tugas2 seorang babysitter. Mama saya akan saya jadikan contoh dalam entry kali ini:
  1. Bagi bayi yang sudah biasa dengan susu badan ibu mereka, amat susah bagi Mama saya nak biasakan baby itu dengan susu botol even susu badan ibu baby diletakkan dalam botol. Ini kerana, baby lebih suka dan selesa apabila dia menyusu badan ibu dia. 
  2. Nak mandikan bayi pun kadang kala menyukarkan kerja Mama saya. Takut2 kalau air masuk dalam telinga ataupun sabun masuk dalam mata. Takkan la Mama taknak letakkan sabun atau syampoo rambut bayi. Mama tahu, baby suka mandi sebab diorang akan berada dalam keadaan selesa. Sama la macam kita. 
  3. Nak tidurkan baby pun bukannya senang. Nak2 kalau parents baby tu taknak letakkan baby mereka dalam buaian. So, di sini, Mama saya sedaya upaya untuk mencari rentak baby tu. Kalau tak tidurkan, for sure la baby menangis jek. Baby yang menangis pun bahaya tau. Boleh kena sawan tangis. Tak pasal2 jek kejung nanti.
  4. Nak bagi baby kenyang pun susah dan perlukan perhatian sepenuhnya dari orang dewasa. Kadang2 susu tak sesuai dengan baby. Kadang2 kepekatan susu boleh menyebabkan baby sembelit. Kadang2 botol2 susu yang tak direbus dengan air panas pun boleh menyebabkan perut baby sakit. So, di situ perlu dilihat. Dan, nak bagi baby susu pun bukan dengan cara yang sembarangan. Tak pasal2 air susu keluar ikut hidung baby. Lepas susu mesti kena sendawakan! Itu paling penting.
  5. Kadang2 apabila baby bad mood, Mama saya akan cuba untuk tenangkan diorang. Cara yang paling memenatkan adalah berbual dengan mereka. Sebab tak paham apa diorang cakap. Lepas bersembang, nangis. Kehausan....LoL~!
  6. Perkara yang Mama saya paling takut ialah apabila baby tu demam. Memang kena dalam 'ICU' la baby tu. Penjagaan baby kena teliti if diorang demam. Leka sikit boleh mengakibatkan baby demam panas yang kronik. Huuuu...takut....
So, para ibu2 di luar sana? Susah tak kami as a babysitter ni nak jaga anak2 kamu2 sume? Kalau da besar lain pulak ceritanya. Mama taknak masuk penjara sebab tak jaga anak orang betul2...sebab ini soal nyawa orang....Mama memang the best! Mama hanya akan jaga seorang budak sahaja dalam satu masa.

Macam yang jiran saya ceritakan kepada Mama saya, Aunty Aliah (bukan nama sebenar) menghantar 2 orang anak kepada jiran saya ni. Mula2 ok la kot. Anak2 Aunty Aliah ni memang kuat makan. Lagi2 yang sulung. Makan tak berhenti2. Nakal pun sangat2 nakal. Tapi, bila tiba akhir bulan, Aunty Aliah memberikan upah penjagaan anak2 dia ni kepada jiran saya hanya RM50. Bila hari cuti, upah pun berkurang la. WTH! Saya terkejut mendengarkan cerita itu. Mama pun pernah jaga anak2 dia seminggu tapi hanya mendapat upah hanyalah RM15. Padahal anak2 dia sangat la kuat makan. Kalau saya makan sepinggan, anak2 dia nak lagi sepinggan. Berbaloikah? Babysitter pun kerja jugak tau. Berterima kasihlah sikit.

Nasib baik la ibu Iman memahami. FYI, tangan Mama saya memang tak boleh kena sabun apa2 la. Jadik pecah2 dan luka. Kalau da luka, for sure la pedih nak mati. So, ibu Iman ni belikan sabun dan lotion brand Eubos. So, tangan Mama tak sakit la. bertimbang rasa kan!



Ehsan dari Google

Saya berharap sangat kepada ibu2 di luar sana untuk tidak terlalu berkira dengan babysitter anak2. Bukannya senang nak jaga anak orang. Kena hati2. Kena teliti. Mama pun sampai tak sempat nak buat apa2 da kalau Iman nangis. Takut katanya. Mama Bari pun dulu jenis yang tak berkira. Kalau nak bagi Bari makan KFC atau McD atau Pizza hut, dia belikan untuk satu keluarga saya. Bila hari raya, dia mesti belikan Mama baju dari butik kawan Mama saya. Dari situ, Mama boleh tengok harga baju raya tu. memang beratus2. Bari suka makan telur. So, mama dia mesti bagi 2 3 papan telur. Gaji pun sentiasa maintain saja walaupun Bari tak selalu datang sebab mereka suka bercuti. 

Sudah 6 tahun Mama saya jaga Bari. Memang baiklah hubungan mereka. Bari pun Mama didik betul2. Kalau makan sendiri, nasi keluar dari pinggan, dia akan mengutip nasi itu sesudah makan. Barang mainan yang bersepah akan dikemas olehnya sendiri apabila sudah habis bermain. Nak makan baca doa. Nak tidur baca doa. Nak masuk toilet berdoa. Padahal umur dia masa tu baru sahaja 3 tahun. Parents dia happy sangat tengok Mama saya jaga anak mereka. Hi hi hi. Bari telah di'rekrut' oleh Mama selama 6 tahun. Alhamdulillah. Lepas ni, tibalah masa Iman untuk di'rekrut' oleh Mama. LoL~! 

Jom layan gambar2 Iman hari ini. Heee~!




Debab kan! Cayangggg Iman! Saufi pun asyik tanya pasal Iman jek. Jeles tau saya! Hi hi hi....ada ciri2 seorang ayah da mamat tu...cweeeetttt!

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah...
seronok baca n lege rasa klu semua bbsitter macm mama kamu..
mmg rmai ibu2 xberkire dgn bbsitter tp kdg2 ada segelintir bbsitter yg berkira untuk menjaga anak2 kami..n ader yg tamak nak jaga sampi ramai2..
ssh nak cr bbsitter yg bagus mcm mama kamu..

Amirah said...

mungkin mereka tak ikhlas nak jaga atau sebab terpaksa.....mama saya memang xnak mengandung lagi...so...jaga anak orang pon da rasa seronok n puas.....