Pages

Friday

Ayah Saya Bersaudara Anjing Dengan Pak Long Saya


Yup! Ayah saya bersaudara anjing dengan pak long saya yakni abang kepada ayah saya. Terkejut? Pada mulanya saya pun agak terkejut. Apa tak terkejutnya bila tiba2 ayah saya bersaudara dengan anjing pulak kan! Saya taknak la darah anjing mengalir dalam tubuh saya! Urgh!

Apakah sebenarnya maksud 'saudara anjing' ni ye??

Ini sebenarnya salah satu daripada simpulan bahasa. Sedang meronda2 di sebuah forum, tiba2 ternampak pulak thread pasal simpulan bahasa ini.

So, makna untuk simpulan bahasa ini adalah anak2 yang seibu tapi berlainan bapa. Ayah saya dan pak long saya berlainan bapa. So, mereka adalah saudara anjing! LoL~!

No comments: