Pages

Thursday

Karipap Yang Lunyai Dikerjakan Mereka!

Tajuk gempak tak? Ha ha ha.

Masa 1hb Januari yang lalu, mama da pun siap2kan doh dan inti karipap. Memang mama nak buat yang terbaik la gamaknya. Tapi, tiba2 sahaja badan saya sakit sangat. Takleh nak bergerak langsung. Bergegas la mama dan ayah menghantar saya ke hospital. Admitted.

So, nasib karipap tersebut telah ditentukan oleh Didi dan boyfie dia, Ejad! Ha ha ha!

Saya di hospital asik teringatkan karipap yang diidam2kan sahaja. Saya kol Didi. Suruh dia bawakan karipap sikit ke hospital. Huh~!

Dan keesokannya, ayah datang dan membawa karipap seperti yang dijanjikan Didi. Agak terkesima apabila melihat keadaan karipap yang dikerjakan oleh mereka! Lunyai! Hancus! Patutlah Deli kata tak sedap. Ha ha ha.

Tapi bagi saya....itu adalah karipap yang paling sedap pernah saya rasa sepanjang hayat saya!!! Siyesli. Memang sedap! Walaupun ianya tersangatlah buruk dan hodoh serta menjengkelkan! LoL~!

No comments: