Pages

Sunday

Kisah Suka Duka Hidup Saya...Dan Mereka Yang Sentiasa Berada Di Sisi Saya



Lagu ini sangat bermakna dalam hidup saya. Cuba hayati betul2 lirik lagu ini. Hari ini, saya berulang2 kali memutarkan lagu ini di dalam lappy saya. Tiba2 saya terdetik untuk menghayati bait2 lirik lagu ini. Dan, saya terkenangkan semua kenangan dalam hidup saya. Suka duka, ketawa, menangis. Semua itu bukannya saya lalui seorang diri. Saya ada Mama, Ayah, Didi, Nakip, Deli dan Saufi.

Kisah duka saya bermula seawal umur saya setahun lebih. Saya menghidap demam panas yang agak teruk. Memang pada masa itu kemungkinan untuk saya jadik cacat adalah sangat tinggi. Sudah tentu insan yang paling susah hati ialah Mama dan Ayah saya. Dan masa ketika itu, sudah tentu la Mama dan Ayah ada dengan saya.

Semasa umur saya 14 tahun, saya telah melakukan pembedahan membuang ovari di sebelah kanan. Macam2 yang saya fikir. Saya menangis kerana diberitahu doktor untuk membuang ovari saya. Walaupun ketika itu umur saya masih muda, saya rasakan seperti saya tidak akan berfungsi sebagai seorang perempuan normal sekiranya saya bergantung kepada hanya satu ovari sahaja. Tapi, Mama dan Ayah memujuk saya untuk membuang ovari itu. Saya ingat lagi kata2 mereka,"Pasti ada lelaki yang akan terima diri kakak seadanya tanpa pedulikan kakak boleh melahirkan anak ataupun tak. Mama dan Ayah akan berdoa untuk semua itu." Sekali lagi, Mama dan Ayah ada di sisi saya.

Ketika umur saya 17 tahun, saya mulai mengenali cinta. Cinta monyet barang kali. Hi hi hi. Tapi saya dikecewakan. Pahit. Sangat pahit. Pertama kali bercinta dan pertama kali juga saya merasa pahitnya sebuah kekecewaan....Sekali lagi, Mama dan Ayah di sisi saya....

Saya melanjutkan pelajaran ke pringkat universiti. Selepas minggu pertama, saya diapproach oleh seorang lelaki. Dan saya begitu mudah untuk jatuh cinta. Kami bercinta. Saya leka dan lalai dengan cinta itu. Sehingga la sesuatu yang tak diingini berlaku. Saya terlibat dalam kemalangan. Kaki saya patah. Saya terpaksa menangguhkan pengajian selama setahun. Saya betul2 down sangat masa tu. Banyak masalah yang saya hadapi semasa saya dalam tempoh bercuti. Sekali lagi, saya memutuskan hubungan cinta saya. Saya kecewa dengan lelaki yang mengakibatkan keadaan saya terseksa. Tapi, Mama dan Ayah masih ada di sisi saya....

Sememangnya saya mudah untuk jatuh cinta. Saya jatuh cinta lagi dengan seorang lelaki yang berasal dari Kelantan. Kami berkenalan di internet. Saya berasa sangat bahagia. Tapi, tak sampai sebulan pon kami bercinta, si dia telah meninggalkan saya buat selama2nya. Si dia menghidap kanser tulang yang kronik. Saya menangis tak berhenti2. Mama dan Ayah memujuk saya dan membawa saya ke Kelantan untuk bertemu dengan si dia buat kali terakhir. Terima kasih Mama. Terima kasih Ayah. Dan mereka masih di sisi saya.

Ok. Sekali lagi saya jatuh cinta. Dan kali ni betul2 memberi kesan terhadap jiwa saya. Janji2 lelaki ini sangat tak boleh pakai. Sedang saya dalam kesedihan kerana pemergian cinta saya buat selama2nya, lelaki ini datang memberikan saya harapan. Pada mulanya memang saya bahagia sangat. Terlalu bahagia. Tapi, sejak saya diperkenalkan dengan ibu dia, dia seperti bersikap dingin. Hati saya betul2 kecewa. Siang malam saya menangis. Saya merayu untuk tidak ditinggalkan. Saya menjadi bodoh. Bukan seperti diri saya. Saya terlalu kecewa dengan cinta yang ini. Mama berada di sisi saya ketika itu. Setiap masa Mama kol saya. Mama betul2 risaukan keadaan diri saya masa itu. Ayah pun sangat risau dengan keadaan saya. Ayah betul2 marah dengan lelaki itu. Sekali lagi, Mama dan Ayah di sisi saya....

Saya banyak berdoa kepada Allah agar memberikan hati yang tabah kepada saya dalam menempuhi semua dugaan dariNya. Dan saya berdoa agar saya sentiasa dilindungi olehNya, Mama dan Ayah. Saya masih perlukan mereka untuk saya menempuhi segala dugaan. Saya belum mampu untuk berdiri sendiri. Saya belum boleh berdikari sendiri. Saya sayangkan mereka.

Penderitaan saya mungkin kini sudah berlalu. Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sememangnya sudah lama memerhatikan saya. Itu dari apa yang diberitahu oleh dia. Dia bagitau saya yang dia sudah mula minat saya semasa minggu pertama saya di universiti. Kami sama2 freshie. Tapi, dia lambat approach saya. Dia cukup menyampah bila ternampak saya dating dengan ex- saya. Hi hi hi.

Mama dan Ayah sudah terima sepenuhnya lelaki ini. Mama dan Ayah suka sangat kalau dia datang ke rumah. Mama dan Ayah berharap agar lelaki ini mengambil tempat mereka untuk menjaga saya pula. Dan saya sangat bahagia dengan lelaki ini, Saufi. Kini, walaupun saya baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang, tapi, hati saya berasa tenang dan bahagia sekali. Semuanya ada untuk memberikan sokongan pada diri saya. Mama, Ayah dan Saufi. Mereka di sisi saya. Saya betul2 sayangkan mereka. Dan lagu di atas menggambarkan apa yang hati saya ingin nyatakan.

3 comments:

abu said...

huhuhu...
thanz syg...

Myra said...

u r most welcome cayang....hi hi hi...

armouris said...

info tentang tulang belakang di SIHAT SELALU - Masalah Cakera Tulang Belakang