Pages

Tuesday

Luahan Dari Hati Seorang Pesakit

Rutin harian hidup saya kembali ke masa dulu, di mana semasa kaki saya kepatahan dulu. Bosan. Tak bersemangat. Sentiasa takutkan pada ubat.

Saya cuba juga untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri sepanjang tempoh pemulihan diri. Saya ambil sedikit masa untuk menyiapkan tempahan dari rakan2. Tapi, saya tidak mampu untuk menyiapkannya dalam kadar segera. Badan saya masih lemah. Saya pon tak tahu kenapa. Baru berjalan sikit dan duduk2 selama sejam, badan saya jadik lemah. Muka pon mulai pucat kalau saya penat berjalan2. Mungkin sebab tenaga masih belum dijanakan lagi kot. Hi hi hi.

Semalam, tangan saya ada sedikit lebam2. Pada urat di mana jarum dicucuk untuk dimasukkan ubat semasa di hospital dlu. Masih lagi terasa sakit pada tangan kiri saya di mana ubat bius tak boleh nak mengalir walaupun sudah 3 jarum dimasukkan. Membengkak. Kini, kian susut. Tapi, masih terasa sakit pada urat tangan kiri.

Apabila saya baring menelentang, kaki saya kebas dengan agak kuat sekali. So, sekarang ni saya hanya baring mengiring sahaja. Agak letih jugak bila saya terpaksa menahan diri dalam keadaan sebegini.

Saya masih belom selesa dengan keadaan saya skang. Kaki saya masih kebas.....

No comments: