Pages

Monday

Pemulihan Kesihatan Bermula Di Rumah.

Ayah dan mama sedang bernekad untuk memulihkan kesihatan saya dan mengubah segala tabiat pemakanan saya. Thanks ayah n mama.

Sekarang saya hanya memakan bubur berlaukkan sayur2an sahaja. Roti dan biskut pun menjadi pilihan mereka untuk diberikan kepada saya. Tapi, saya tetap memilih buah2an untuk saya mengenyangkan perut. Takde selera untuk saya mengadap makanan berat2. Nak termuntah.



Dan FYI, saya sudah memulakan diri untuk minum susu. Anlene berperisa coklat. Yup! Sememangnya ia sesuai untuk golongan yang jenis tak boleh tahan dengan bau susu. Anlene berperisa coklat ni sangat sedap. Saya tak sangka sangat. Tapi, untuk permulaan ini, saya hanya minum pada waktu malam sebelum masuk tidur.

Mulai sekarang juga, saya mesti mengenakan pemakaian support belt walaupun ke mana saya pergi. Ini adalah untuk membantu menyokong tulang belakang saya. Dan saya betul2 bernekad untuk menjaga kesihatan saya sebaik2nya. Saya taknak dibedah buat kali yang ke-4.

Next week, saya cuba untuk mengubah bubur nasi kepada oat sebagai makanan berat saya. Huh~ Memang susah untuk memulakan sesuatu yang kita sendiri tak biasa nak buat. Tapi, apabila mengenangkan kesihatan, saya mesti buat. Sekarang ni saya sangat takut apabila melihat orang makan makanan sesuka hati mereka sahaja. Adakah ini dinamakan trauma? Ya! Saya takut melihatkan makanan2 yang dipenuhi lemak2 dan gula yang tinggi.

Saya bersyukur kepada Allah kerana telah menyedarkan saya tentang kepentingan kesihatan. Jadi, kepada para pembaca blog saya semua, tolonglah jaga tabiat pemakanan anda. Di hospital, macam2 penyakit saya dapat tengok. Takut dan ngeri. Alangkah baiknya jika kita semua dapat menghrup udara yang segar dengan kesihatan yang sangat sihat. Lakukan pemeriksaan darah. Daripada situ, kita dapat tahu segala jenis penyakit yang ada. Alhamdulillah, darah saya negatif dari segala penyakit. Ini adalah peluang yang diberikan Allah kepada saya untuk saya teruskan kehidupan yang sihat.



P/S Anda semua memerlukan lumbar back support untuk menjaga tulang belakang anda. Sila ambil berat tentang tulang belakang anda k!

1 comment:

armouris said...

info tentang tulang belakang di SIHAT SELALU - Masalah Cakera Tulang Belakang