Pages

Thursday

[Pendedahan] Pengalaman Di Hari Pembedahan Tulang Belakang.


Pagi2 lagi pada tarikh hari jadi saya, 5haribulan Januari 2011, saya sudah dikejutkan oleh mama. Bersiap2 untuk menjalani pembedahan. Pembedahan saya akan bermula seawal jam 8 pagi. Selepas mandi pagi, saya menyarungkan pakaian yang diberikan oleh nurse untuk ke bilik pembedahan. Hanya sehelai baju hijau yang diikat di belakang disarungkan ke badan saya serta topi biru yang selalu orang pakai kalau buat kerja2 yang mengamalkan kebersihan. Hi hi hi.

Pada jam 7.30 pagi, seorang nurse berbadan gempal membawa saya ke bilik pembedahan dengan menaiki wheelchair. Huh. Berdebar2 hati saya. Tapi memandangkan ini adalah kali yang ketiga saya ke bilik pembedahan, rasa berdebar agak kurang. Cuma sedikit rasa sedih. Sedih sebab terpaksa menahan sakit yang saya sendiri tak tahu macam mana rasanya selepas pembedahan.

Saya senyap. Tak bercakap apa2.

Setibanya saya di bilik pembedahan, ada 2 orang nurse sedang menunggu di katil untuk saya ditempatkan. Perlahan2 dia suruh saya naik ke atas katil. Saya berbaring. Saya disorong masuk ke dalam bilik pembedahan. Sejukkkkk. Sunyi! Hanya saya seorang sahaja masa itu. Seorang nurse berbangsa Sikh cuba untuk menenangkan saya. Tak lama kemudian, saya disorongkan lagi ke sebuah bilik. Penuh dengan alat2 pembedahan dan juga lampu2 bulat macam dalam kapal angkasa. Hi hi hi. Seorang perempuan Cina memperkenalkan diri sebagai Dr. Wong, pakar bius.



Tangan kiri saya diusap2. Satu jarum dicucuk ke tangan. Sakit sangat! Jarum kedua dicucuk. Saya tak rasa sakit. Jarum ketiga dicucuk. Dr. Wong mula rasa pelik kerana mata saya tetap segar walaupun bius telah dicucuk ke dalam badan saya. Dia mulai panik. Saya tengok tangan kiri saya. Menggelembung macam glove yang ditiup macam belon. Damn! Nurse2 kelam kabut mencabut jarum di tangan kiri saya. Tangan kanan saya dicucuk dengan bius. Hanya satu jarum sahaja, mata saya sudah mulai tertutup.

............................................................................................

Saya rasa saya tak boleh nafas. Dada saya rasa sempit sangat. Perasaan saya merasakan nurse2 dan doktor2 sedang bertungkus lumus membantu saya. Tapi, saya tak tahu mereka nak buat apa. Saya rasa macam nyawa saya da nak abis.

...........................................................................................

Kedengaran seperti suara lelaki memanggil nama saya. Ya. Saya sudah selesai menjalani pembedahan. Sakit sangat belakang saya. Lelaki itu terus memanggil2 nama saya dengan harapan saya akan sedar dari dihanyutkan oleh kesan ubat bius yang byk tadi. Saya cekalkan hati untuk tidak memejamkan mata saya. Tapi, saya sangat2 sejuk. Saya dapat rasa yang saya sedang menggigil. Sudah beberapa lapis saya diselimutkan. Tetap rasa menggigil. Tekak saya rasa kering sangat. Dan saya berasa rimas dengan bantuan oksigen di mulut dan hidung saya. Saya sejukkkkkk.

Beberapa minit kemudian saya dibawa keluar dari bilik pembedahan. Saya dialihkan ke katil saya. Ya Allah! Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi, saya cekal. Hi hi hi. Setibanya di bilik, kelihatan mama dan ayah serta pakcik Rahman sedang menunggu. Pakcik Rahman datang sebab nak dermakan darah kepada saya. Hi hi hi. Saya kurang darah.

Saya rasa seperti mahu menangis. Sebab sakit sangat. Ngeri pun ada jugak. Mama seakan2 tahu yang saya sedang kehausan. Dia menitik2kan air ke bibir saya. Doktor tak bagi saya minum air dulu sebab takut2 kalau saya muntah. So, minum sket2 jek. Tak lama lepas tu, Saufi kol saya. Saya menangis. Sebab kalau boleh saya nak sangat dia berada di sisi saya. Tapi, nak buat macam mana, dia jauh. Mama kata sudah 4 kali dia kol. Tapi saya masih dibedah. Pembedahan saya mengambil masa sehingga 6 jam untuk selesai. Lama kan!

Pengalaman lepas dibedah saya tak berapa nak kisah sangat. Terseksa seperti pesakit lain sahaja. Sama sahaja. Cuma saya dapat rasakan pengalaman seperti nyawa saya ditarik semasa pembedahan itu. Sangat2 berharga!

1 comment:

LaLaLOLa said...

Salam.
Hi, sharing almost d same experience. What is up w/ ur spinal? Shall we share?
It's been 1 week since d surgery n it is still painfull! Can it be ok in 1 month time since m getting married end of this month.
Myb emel or ym? :) kotak_kasut@yahoo.com