Pages

Sunday

Saya Rindu Dia.



Sedang melayan perasaan dengan alunan muzik romantis membuatkan saya rasa terlalu rindu pada si dia. Ditambah pula dengan persoalan dari kedua orang tua yang bertanya bila lagi buah hati saya tu nak datang ke rumah, membuatkan saya lagi bertambah sayu. Terlalu rindu pada dia.

Setiap kali dia membuat panggilan, setiap kali tu la saya terpaksa menahan air mata. Saya ni memang berhati lembut. Susah nak sembunyikan perasaan saya ini kepada si dia. Nasib baik dia berhati keras sedikit. Kalau tak, saya yang terpaksa berhenti menangis. Hi hi hi.

Selepas ayah saya,

Tiada lelaki sebaik dia. Tiada lelaki setenang dia. Tiada lelaki sekelakar dia. Tiada lelaki sebijak dia. Dialah lelaki yang paling sempurna yang pernah hadir dalam hidup saya. Mudah2an jodoh saya dan dia berpanjangan. Kerana dia adalah lelaki impian saya. Dia tidak pernah sekali2 memperkecil2kan diri saya malah menerima saya seadanya. Saya sayangkan dia.

No comments: