Pages

Sunday

What Goes Around Comes Around


Betul kata orang2 tua, apa yang kita buat pasti akan dapat balasannya. Tak kira la buat baik atau buat jahat. Tapi kalau kita buat baik ngan orang, mesti kita akan dapat balasan yang baik dan sebaliknya.

Setakat 23 tahun saya hidup, sudah banyak benda saya belajar dalam hidup ini. Dan saya percayakan hukum karma. Semua orang tahu mengenainya. Dan ini menunjukkan kekuasaan Allah yang Maha Adil!

Sebagai manusia dan hamba Allah, kita sepatutnya sentiasa bermuhasabah diri bahawa setiap apa yang berlaku pada insan yang lain, akan berbalik kepada kita. Janganlah sesekali kita cuba untuk membanding2kan kehidupan kita yang senang dengan kehidupan mereka yang sedang mengalami kedukaan. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita di masa hadapan. Sebaliknya, kita perlu mendoakan kesejahteraan sesama kita. Itu sebaik2nya.

Sudah banyak pengalaman yang saya alami berkenaan dengan hukum karma ini. Dan sememangnya ia sangat wujud. Cuma perlu mengambil masa yang agak lama untuk berlaku. Apabila saya lihat sendiri berkenaan dengan hukum karma, saya selalu berhati2 dalam mengkritik mana2 pihak. Takut2 ianya berbalik kepada saya. Perjalanan hidup saya masih panjang dan banyak kemungkinan yang akan terjadi dalam hidup saya. Mudah2an dijauhkan segala kedukaan dalam hidup ini.

Saya akui bahawa masih banyak lagi pengalaman yang perlu saya timba dalam hidup. Pengalaman pahit atau manis sangat memberikan pengajaran dalam hidup saya. Tapi, bagi saya, pengalaman pahit paling berharga. Ini adalah kerana, saya tidak akan mungkin melakukan kesalahan yang kedua seteelah melakukan kesalahan yang pertama. InsyaAllah.

No comments: