Pages

Wednesday

Wink*Wink*~ Blog Saya Penuh Dengan Monyet!

Hak hak hak...bersempena dengan keceriaan blog layout saya...profile picture pun haruslah ditukar dengan muka yang ceria! Harus crop di bahagian muka sahaja. Ini adalah kerana saya mahu memperagakan pipi saya yang semakin dan bertambah2 gebunya selepas dari membelah tulang.

LoL~!

Tetapi mengapa pula saya harus ceria pada tengah malam ini?

Adakah kerana saya baru terbangun dari lena?

Oh no! Tidak sama sekali. Saya kadang2 akan berasa ceria dengan tiba2. Mungkin sebab Mama masakkan saya sardin tengahari tadi.

Sardin merupakan makanan kegemaran saya. Walaupun Saufi cayang uncit tu sudah beberapa kali berpesan kepada saya agar tidak menyentuh sardin lagi, tapi kepala saya kadang2 keras dan terpaksa ingkar dengan arahan beliau. Mengikut katanya, sardin itu diawet dengan bahan kimia sehingga merapuhkan tulang sardin itu sendiri. Namun, sebagai penggemar sardin, saya membangkang sekeras2nya andaian beliau. Ini adalah kerana saya mempunyai pandangan saya sendiri yang dikira agak logik la jugak. Sardin telah diawet dengan cara mengukus pada tekanan yang teramatlah tinggi. Tekanan tinggi adalah berkadar terus dengan suhu ye kawan2. So, semakin tinggi tekanan itu, semakin tinggi juga la suhu yang terhasil. So, rapuhlah tulan sardin itu......

Tapi, mungkin juga saya ceria disebabkan oleh Saufi cayang yang uncit tu bermanja2 dengan saya seperti kanak2 yang mempunyai badan chubby. Errr...ada kaitan ke?

Ok la. Sudah jam 2 pagi rupanya. Marilah kita tidur. Semoga malam ini dapat bermimpi yang indah2 belaka. Oh ya. Kelmarin saya ada termimpi memakan buah mangga berwarna merah. Apa maksud mimpi saya itu ye agaknya........

2 comments:

miss_neeya said...

ceria la

Myra said...

hak hak....ceria di waktu tgh mlm....gilorrr jek....