Pages

Saturday

Saya Bersyukur Menjadi Saya...Sekurang2nya Saya Tahu Saya Bukanlah Seekor Panda~


Harini sangat happy! Keadaan tulang belakang yang semakin pulih....dan guess what...I can dance again! Ha ha ha. Tapi bukan buat tarian naga. Hanya lakukan gerakan yang ringan2 sahaja. Dapatlah keluarkan peluh segelen. Tapi...syhhhh! Tanpa pengetahuan Mama. Kalau beliau tahu, sudah tentu saya akan mendengar ceramah berhemah dari beliau.Tidak mengapalah, saya redha diceramah, sekurang2nya saya tahu bahawa Mama masih sayangkan saya! Heeee~

Saya seronok! Tapi....period cramp sudah datang! Perkara ini yang selalu menjadi kebencian saya. Argh! Kalau tak sakit takpe. Hurm....tidak mengapalah, ini semua lumrah hidup seorang wanita. Saya bersyukur kerana saya mengalami period cramp, sekurang2nya saya tahu yang saya ni masih seorang yang normal sebagai seorang perempuan yang belum lagi kahwin. LoL~! Betul la! Perempuan yang sudah kahwin jek kurang ada senggugut. Ha ha ha....

Saya bersyukur saya terpaksa menangguhkan pengajian, sekurang2nya saya masih sedar yang saya mempunyai Mama yang tolong jaga kesihatan saya sehingga saya sihat kelak! Thanx Mom~! You are the best mom I've ever had in this world! Mmmmmmmmuah~! xoxo

1 comment:

armouris said...

info tentang senggugut di SIHAT SELALU - FAQ Tentang Senggugut