Pages

Sunday

4 Hari Yang Membahagiakan....

Huarghh!

Hari ini memang sangat memenatkan. Tapi dalam 4 hari nih saya rasa sangat bahagia. Kedatangan mengejut dari Saufi memang memberikan kegembiraan dalam hati yang tengah rindukan dia. Hi hi hi. Mama pun happy. Deli pun hepi.....mana taknya...ada orang belanja makan...Ayah? Dia menyesal sebab pergi cycling jauh2...LoL~!

Sempat la Saufi menjaga Iman sehari. Memang kecoh Iman tu. Saufi pun macam da ada ciri2 seorang ayah. Dia belajar cara2 nak sedut hingus baby tau! Dia tengok ayah sedut hingus Iman. Ayah kesian tengok Iman tak dapat nak bernafas. Tu yang kene sedut. Saya dan adik2 saya pun kene sedut jugak masa kecik2 dulu. Geli kan kalau kita dengar. Tapi, itulah pengorbanan seorang ayah demi untuk melihat keselesaan anak2.


So, sepanjang Saufi berada di sini, aktiviti yang biasa kami buat ialah menonton wayang! Kami tengok I Am Number Four. Not bad la cite tu....action movie....tak boring tengok. Pandai Saufi pilih cite. Saya memang takkan jejak kaki ke wayang kalau dia takde. Tunggu dia datang jek la.

 Lepas daripada tengok wayang, kami buat brownies....tapi sayang...tak jadik....LoL~! Yang peliknya, boleh habis pulak...hi hi hi...brownies jadik kek coklat lembab....hi hi hi...

Harini, sepupu2 saya datang rumah. Sempat la dorang beramah mesra dengan Saufi....part paling best bila sepupu saya tanya bila Saufi nak kahwin ngan saya...wah! Mula2 dalam nada gurau senda, dia kata lagi 6 tahun kot....tapi tiba2 plak serius....dia kata insyaallah dalam masa 3 tahun lagi...dia pun taknak la tunang lama2....pergh! Saufi serius! Tak pernah2 dia nak serius dengan saya......kali ni dia serius....memang mengejutkan! Tergamam saya.....

Tapi apa2 hal pun, saya kena habiskan study dulu.... Dia pun nak saya habis study dan dapatkan keje2 bagus. Sekurang2nya sempatla saya nak balas jasa Mama dan Ayah... Tapi lepas kahwin pun boleh...hi hi hi...yang penting habiskan study dulu....ok...bak kata David Teoh, "bukan janji, tapi pasti".

Semoga Allah memberkati hubungan kami.........Amin.....

No comments: