Pages

Saturday

Berjumpa Kawan Baik~!

Malam semalam merupakan malam yang sangat menggembirakan bagi saya kerana saya telah pon berjumpa dengan kawan2 semasa saya praktikal di sebuah kilang dulu. Saya betul2 rindukan kekecohan dan keceriaan mereka. Jadi, malam tadi saya berkesempatan berjumpa dengan mereka di Noodle House, Seri Manjung, Perak.

Ketibaan saya di sana disambut dengan meriah apabila saya terpaksa berpusing2 mencari tempat letak kereta. Sangat ramai pengunjung ke kedai makan itu yang dilihat semakin maju. Kalau tukang masaknya masak sedap dan konsisten dalam mengekalkan kesedapan makanan, pengunjung pun bertambah ramai. Tak mustahil ada yang sudah jadi pelanggan tetap di situ.

Apabila sudah dapat tempat letak kereta, agak jauh juga, saya tak sabar nak berjumpa dengan mereka semua. Kedatangan saya terus mendapat pelukan yang sangat erat dari Kak Aini. Wah! Memang terlepas rindu saya pada mereka semua.

Malam semalam, yang dapat hadir hanya 4 orang sahaja. Kak Aini, Kak Nadwa, Kak Julia dan Encik Din serta 2 orang budak perempuan yang memang nakal dan comel! Hi hi hi. Kak Aini memang tak berhenti bercakap. Daripada kisah2 di kilang sehinggalah kepada gosip rakan2 sekerja. Meriah sungguh mulut dia. Makanan da datang pun mulut dia xberhenti berceloteh. Bagaimana agaknya jika dia takde nanti..... Kak Aini akan berpindah ke KL kerana mahu menukar mood kerja agaknya.

Malam itu saya makan mee goreng mamak. Memang saya da aim awal2 untuk order mee goreng mamak sebab sangat sedap. Saya takkan order makanan lain kalau datang tempat makan itu. Mula2 diorang semua ketawakan saya sebab saya order mee goreng mamak! Ha ha ha. Sesampai sahaja menu saya, tergamam diorang...hi hi hi. Memang marvelous!

Jom kita cuci mata~!




No comments: