Pages

Sunday

[Edisi Teka-teki] Macam Mana Nak Khatam Quran Hanya Selama 2-3 Minit???






' Au zubillah himinasyaitan nirrajim ' tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk oleh
Allah.

Bacalah ayat ini sebelum anda lakukan apa sahaja kerana dengan bacaan ini,akan keluar iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas iaitu ayat: Qul huwallahu ahad Allahussamad Lam yalid walam yu-lad Walam yakul lahu kufuwan ahad, sebanyak 3 kali, masuklah rumah dengan kaki kanan dengan membaca . Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk menjawab salam malaikat tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juz Al-Quran.

Marilah kita amalkan kerajinan membaca surah Fatihah serta surah Al-Ikhlas sebanyak mana yang mampu.



Sumber

3 comments:

IJAT360 said...

Allahuakbar..thanks amirah utk info kamu..baru la aku tau..^_^..pas ni dapat kite amalkan same2..

Amirah said...

yup! insyaallah...sama2 kita amalkan....:)

ume said...

cool mobile stuff:Find all mobile stuff including free mobile phone downloads and cool games.Get ringtones,jokes,wallpapers,articles and much more at http://pkmobiles123.blogspot.com