Pages

Thursday

Kek Cokolat Kukus (Moist) Dengan Ganache Cokolat.

Ok...harini saya da ok....saya cuba mengawal stress saya sebaik mungkin....so, saya nak share resipi sket... resipi kek lembap cokolat!

Kali ini..saya buat sekali dengan ganache cokolat...sedap! Ganache ni boleh makan dengan roti jugak...jadik macam jem....dengan biskut cream cracker Hup Seng pon sedap! Cubalah! Jom saya ajar....

Resipi Kek Coklat Moist Kukus

Bahan-bahan:

* 1 cawan gula
* 1 cawan susu cair
* 1 cawan minyak
* 1 cawan serbuk koko
* 1/2 cawan susu pekat manis
* 1 1/4 cawan tepung gandum
* 1 sudu teh soda bikarbonat
* 1 sudu teh baking powder
* 3 biji telur

Cara-cara:

1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
2. Masukkan serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.

3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.

4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.

5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.

6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam setengah di dalam kukusan yang telah dipanaskan.

7. Angkat dan sejukkan.
 
..............................................................................................................................................
 
Ganache Cokolat
 
Bahan- bahan:
200gm cokolat masakan yang dihiris halus2.
200ml whipped cream.
1 sudu butter.

Cara-cara:
  1. Panaskan dan larutkan semua bahan2 dalam periuk secara double boiler.
  2. Pastikan api kecil sahaja.
  3. Larutkan sehingga cair.
  4. Sejukkan dan tuangkan ke atas kek lembap tadi. Tuangkan semua sekali!

No comments: