Pages

Tuesday

Luahan Hati Amirah

Saya letih sangat. Mana agaknya tenaga saya yang dulu pergi ye? Kalau dulu hari2 panjat bukit pun boleh. Saya memang suka sangat aktiviti2 lasak. Paling suka panjat memanjat @ daki mendaki la. Tapi lepas saja saya terlibat dalam satu kemalangan, saya kurangkan sedikit aktiviti lasak2 nih. Tapi ada jugak la join aktiviti lasak dan buat kerja2 lasak. Paling terbaru punya aktiviti ialah praktikal di kilang sarung tangan (angkat tong2 latex untuk buat experiment) & panjat bukit kat Mersing. Disebabkan aktiviti2 tersebut saya terpaksa membuat pembedahan tulang belakang. Sekarang? Saya tak mampu lagi nak buat aktiviti lasak.

Untuk melatih diri saya buat aktiviti lasak, saya menolong Mama menjaga 2 orang bayi. LoL~! Kalau saya sihat, mesti saya rasa itu hanyalah satu pekerjaan yang enteng. Tapi sekarang saya rasa itu adalah kerja2 yang memerlukan tenaga yang banyak!! Untuk memantapkan diri after saya dibedah, saya berjalan kaki setiap hari di atas threadmill selama 10minit. Dengan cara itu, takdelah saya letih nak jaga 2 orang bayi yang lasak tu. Hi hi hi.

Jiwa saya ni kan, tiba2 saja rasa rindu untuk sambung belajar balik. Tengok pada gambar2 rakan2 di FB rasanya sudah cukup menyedihkan saya. Bukan apa, saya rasa seronok bila ada kawan2 yang tolong saya di universiti. Tamat sahaja tempoh berehat saya ni, saya akan bersungguh2 belajar. Takde sebab lagi untuk saya jadikan alasan untuk tak belajar.Rindunya nak buat assignment!

Wargh! Kadang2 saya rasa stress sangat duduk dalam rumah jek. Nak keluar tapi takde duit poket. Nak duduk dalam rumah jek bosan sangat2! Percaya atau tak saya keluar bersungguh2 bila Saufi datang sini. Tapi dia datang sekali sekala jek. Sedih kan!

Tapi ada seperkara lagi yang buatkan saya stress. Tapi biarkan la perkara itu jadik rahsia dan hanya di simpan dalam hati saya. Hanya hati saya yang tahu segala2nya. Kalau saya bagitau kat sini pun, no one cares. Saya bukannya public figure untuk ceritakan kesemua hal2 peribadi dalam ni.

Semua ini hanya dugaan dariNya. Saya redha jek. Kalau saya tak diuji olehNya bermakna Dia tidak pedulikan saya. It's better for me to face all the problems from Him.

Saya masih ada diri saya. Saya sayang diri saya.

No comments: