Pages

Saturday

Saya Wirawati Amirah!!

Ok. Hari ini saya nak share gambar2 dan pengalaman2 saya semasa saya menyertai PLKN. Tapi saya sudah lupa la ni session yang keberapa. Yang pasti, PLKN ni tahun 2006.

Macam2 kisah suka dan duka masa join PLKN nih. Kisah suka banyak! Kisah duka sikit sangat. Secara keseluruhannya, PLKN memang best!!

Masa ni kalau tak silap aktiviti jungle trekking. Nak masuk ladang kelapa sawit. Penat dan letih! Tapi seronok sangat2! Hi hi hi.

Kalau dah berpakaian celoreng, pastinya aktiviti yang bakal dijalankan adalah aktiviti lasak! Percaya atau tak, saya pernah kena buat sit up sampai berdarah2 belakang saya. Mana taknya, saya buat atas jalan tar yang tengah panas gila! Bukan saya seorang ye. Tapi satu kumpulan....LoL~!

Yang ni saya tak ingat la sebab apa. Tapi yang pasti aktiviti yang nak dijalankan ni adalah aktiviti kenegaraan. Ringan sikit la aktiviti ini. Santai jek. Tapi tengok muka tension kan! Hi hi hi. Muka2 penat dowh....! Member perempuan sebelah saya tuh, Wani nama dia. Tak sangka dapat tempat belajar yang sama di universiti. Hi hi hi.

Aktiviti riadah nih biasa buat pada waktu petang. Aktiviti dalam air. Gambar ni sebelum kami turun berakit. Pertandingan nih. Chinese yang baju kuning tu merupakan sahabat baik saya semasa di PLKN. Nama dia Ling Ling.

Gambar nih pun diambil masa pertandinga sebelum kami balik ke rumah. masing2 bau hamis! Ha ha ha....Saya terkecuali ye...Tengoklah kulit kami. Hampir serupa! Kulit saya totally berasap!

Saya di sebelah Chinese dan saya tunjuk lambang peace. Hi hi hi. Seronok sangat berakit nih tau! Tangan memang penat. Tapi puas hati sebab dapat masuk air dan bergelak ketawa dengan rakan2. Untuk pengetahuan, air tu sangat busuk dan kotor. Yucks!

Persembahan. Saya jaga radio jek. Almaklumlah pengarah drama hebat. Ha ha ha. Ling Ling pinjam baju kurung saya. Psssttt....belakang perempuan Chinese (tinggi) yang berbaju kurung purple tu adalah bekas pakwe saya. Hi hi hi.

Acara tarik tali. Konon2 saya la yang paling besar. Tu yang kena duk belakang. Tapi saya ni manalah kuat. Harap jek badan tough dan gagah! LoL~!

Ni masa masuk hutan. Sebelum malam, kami masak dulu apa yang patut sebab malamnya kami nak merentas ladang2 nih. Ngeri jugaklah sebab malam2 nak masuk hutan. Torchlight ada pada ketua and penolong kumpulan jek. Kami nih terpaksa la meraba2 tah pape pun kami tak tahu. Ada satu insiden, seorang wirawati dari group lain terjatuh and patah kaki.Scaryyyy!!!

Aktiviti akhir dan kelihatan wajah saya semakin gelap dan jelita~! Tiba-tibaaaaa! LoL! Saya suka sangat baju nih. Selesa sangat2! Seluar pun best!

Kesian tak tengok kawan2 saya. Semuanya kurus kering da. Saya jugak la yang ada daging2 lebih. Kah kah kah!!

Haaaa....ni la jurulatih group kami!! Antara jurulatih paling cool and sporting! Bendera tu huduh sebab bukan saya yang lukis. Hi hi hi.

Ok lah....sampai sini sahaja saya dapat berkongsi. PLKN bukanlah sesuatu aktiviti yang membebankan tapi menyeronokkan! Sangat2 seronok tau! Try la kalau nak tau......

No comments: