Pages

Tuesday

Suka Duka Kehidupan Amirah

Hai semua!

Sejak dari semalam lagi saya sangat happy sebab 1 lagi tanggungjawab saya kepada pelanggan saya sudah saya settlekan dengan jayanya. Diharapkan hasil kerja tangan saya dapat memuaskan hati pelanggan saya itu. Kalau tak nak poskan semalam, tapi memandangkan sampul pos pun belum beli lagi, terpaksa la saya poskan esok.

Di sebalik kegembiraan dapat menyiapkan tempahan pelanggan, ada terselit sedikit kekecewaan dengan cash deposit machine di CIMB. Geram dan sedih! Sudah la nak keluarkan cash RM30 dari ATM tak boleh dan terpaksa keluarkan cash RM50. Lepas tu, bila da transfer duit kepada supplier, resit takmo keluar. Nasib baik la supplier dapat trace duit yang saya bank in kan. Kalau tidak mesti burn RM80! (RM50 burn + RM30 harga barang yang perlu ditransfer semula)

Memang saya drive kereta sambil menangis. Sudah la hujan. Sangat dramatik kan! LoL~!
(Bukan senang nak carik duit, sebab itu la saya sedikit berkira.)

Malam semalam memang mood hancur. Baru ingatkan nak siapkan tempahan dari pelanggan lain, tapi semuanya tidak bermakna. Ini kerana hasil seni saya adalah ketika mood saya berbunga2. Barulah hasilnya pun indah...~! (saya cakap benar tau nih! hi hi hi..)

Alhamdulillah hari ini saya dapat email dari supplier dan mereka telah mengesahkan pembayaran saya berjaya. Barang2 akan diposkan esok! Jadi, malam ni saya akan menyiapkan tempahan pelanggan.

Bermula pada minggu ini, saya memang tak boleh nak buat apa2 kerja menjahit di siang hari. Ini adalah kerana saya perlu menjalani tanggungjawab saya menjaga kedua-dua orang bayi yang sangat comel! Semakinn hari mereka semakin nakal. Tak cukup tangan nak melayan mereka. Tapi apa2 pun saya tetap happy.

Jom layan gambar2 mereka!




No comments: