Pages

Tuesday

Celoteh Amirah Di Tengahari sambil Menahan Mata Yang Mengantuk~!

Sudah tengahari rupanya.

Dari jam 9 pagi tak berhenti saya bergerak. Ambil masa 20minit untuk joging. Mandikan Iman. Main dengan dia sekejap. Kasi minum susu. Bella datang. Main dengan Bella. Pujuk Bella yang kuat nangis tu. Tidurkan Iman. Sambung pujuk Bella. Setelah hampir sejam pujuk Bella, Tidurkan dia. Sekarang saya nak rileks pulak.

Perut ni lapar. Tapi da makan da tadi. Huwaaa! Asik rasa nak makan saja tau sejak akhir2 ni. Tak tau la kenapa.


Maybe sebab selama 7 hari ni saya tak sentuh MAB. Ok. Esok saya akan makan balik MAB. Alhamdulillah. Sejak makan MAB ni, senggugut saya berkurangan. Selera makan saya pun berkurangan. Dan yang paling best apabila bangun pagi, terus saja rasa nak membuang. Kulit muka pun kawan2 da tegur sebab nampak blooming. Hi hi hi. Seronok kan! Yang penting kesihatan saya perlu dijaga pada tahap optimum. Takmo da sakit2....

Sekarang ni apa yang saya makan, semua dengan kawalan. Apa yang saya masak pun dengan kawalan agar kesihatan saya sekeluarga di tahap yang sangat baik. Exercise pun lebih kerap berbanding dahulu. Cuma hari Sabtu dan Ahad saja saya rasa malas nak bersenam. Hi hi hi. Kepada kawan2 semua, jagalah kesihatan korang bebaik. Kalau da sakit, masuk hospital, korang akan rasa menyesal sebab tak jaga nikmat kesihatan yang tuhan bagi.

Pinggang dan tulang belakang saya da rasa ok sangat2! Kalau berdiri, da boleh tunduk jejak ke kaki da. Best sangat! Duduk pun da selesa. Bersenam lagi selesa!

...................................................................................................................

Semalam si dia buat perangai lagi. Bukan perangai tak baik. Ni perangai yang suka buat saya happy dan terharu. Si dia berjanji untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk saya dan tak pernah akan mensia2kan hidup saya. Wahhh! Dialah lelaki pertama yang berjanji sebegitu! Dia baik......sesungguhnya saya memang bertuah....alhamdulillah....

Bagi saya, dialah seorang lelaki yang betul2 lelaki! Yang tak pernah nak ambil kesempatan pada saya. Sangat bahagia walaupun kami berjauhan! He he he!


Pesanan buat kawan2 perempuan di luar sana. Carilah lelaki yang tahu menghargai kita dan menjaga maruah kita. Jangan cari lelaki yang suka ambil kesempatan pada kita. Korang takkan bahagia dengan lelaki yang suka ambil kesempatan pada korang. Kaum perempuan memerlukan lelaki sebagai pelindung, bukan kita yang kena jadik pelindung pada diorang. Dan jangan sesekali meminta untuk si dia memahami diri kita, kerana perempuan adalah untuk disayangi dan bukan untuk difahami.....Bagi lelaki pulak, kita kena fahami mereka betul2.

Nasihat ini, saya tujukan kepada diri saya jugak kerana saya tak dapat lari daripada melakukan kesalahan....... Peace!

No comments: