Pages

Sunday

Entry Melepaskan Penat Lelah~!

Dalam beberapa hari ni, saya sangat la busy. Bukan busy apa sangat. Menjahit. Jaga budak2. Memasak. Surf tenet. Ops! Heee~!

Entry kali ni kan, saya cuba nak share dengan para remaja di luar sana macam mana nak buat adunan roti jala. Ala. Bagi mak2 mesti diorang da bese. Tapi bagi remaja macam kita ni kan...errr...boleh la...mesti tak bese. So, korang kena tengok dulu. Kalau mak korang masak lauk tengahari kari ayam or daging or ikan, barulah petangnya korang boleh buat roti jala. Kan2!

Jom kita tengok bahan2 yang diperlukan.

Bahan2:
  1. Tepung gandum (ikut suka korang la nak banyak mana ye)
  2. Serbuk kunyit (sebagai pewarna kuning asli)
  3. Sedikit garam
  4. Air paip (korang nak guna air masak ke?)
Cara2:
  1. Tepung gandum, serbuk kunyit sikit, garam sikit, dan air dimasukkan ke dalam blender mama korang. Blend sampai halus. Adunan ni better cair la sebab nnti senang nak masukkan dalam acuan roti jala tuh. Takdelah tersumbat.
  2. Panaskan non stick pan. Masukkan minyak sikit jek. Ni resipi sihat k! Mulalah menjala k! Api tu jangan besar2 sangat....nnti hangus!
  3. Lipatkan roti jala tu segi tiga dalam kuali. Hati2 dengan tangan tu tau!
  4. Siap~!
Tadaaaa~!


Budak tecik ni suka sangat mandi. Bila buka baju jek da start tersengih2. Geram betul dengan dia ni.


No comments: