Pages

Saturday

Ngomelan Amirah!

Hari ini hari Sabtu. Budak2 dua orang tu tak datang rumah, so, dapatlah saya menyiapkan tempahan dari pelanggan yang sememangnya penyabar ya amat! Itu pun dapat siapkan sikit2. Apabila PMS menyerang, memang sukarlah untuk saya menyiapkan pelbagai kerja dengan efisyen. Ada sahaja halangan yang datang. Takpelah kan, asalkan dapat siapkan sikit2 daripada tak buat apa2 langsung. Pejam2 celik2 pusss! da siap...Errkkk! Pussss?! Macam kentut pulak. LoL~!<----ketawa ini kalau diaplikasikan dalam kehidupan seharian, memang kenikmatan bergelak ketawa hilang. Try la!

Dengar berita tak tadi? Pasal harga minyak naik? Huh! Walaupun yang naiknya minyak ron97, saya tetap berasa sakit hati tau! Semua benda nak naik, gaji tak naik2 jugak! Pasni kalau semua harga barang da naik pastu kita da susah sangat nak carik duit, tak mustahil amalan sistem barter akan berlaku. Hi hi hi. Saya suka jek kalau sistem barter ni berlaku. Last2, kita semua hidup macam zaman batu. Almaklumlah, pakaian masing2 pun da ketat2 da....tak mustahil kalau koyak rabak suatu hari nanti. Mintak dijauhkanlah saya memakai pakaian ketat2 nih...siapa2 nak hadiahkan jubah boleh la send email kat saya ye, amirah_mdesa@yahoo.com <----nak order keychain pun boleh! Hik hik hik!

FYI, saya rasa happy sangat sebab dapat job sementara before saya balik sambung belajar. Kerani sementara jek. Tapi ok la kan? Saya pon masih tak dapat buat kerja2 berat, then dapat job as a clerk nih. Dapat la jugak saya tampung yuran saya nanti. Saya ni tak amik PTPTN memandangkan ramai yang sukar untuk membayarnya balik, so, daripada situ da jadikan saya pengajaran untuk tidak terlibat dalam hutang PTPTN ni. Cuma, saya masih berhutang 8ribu lebih kat PTPTN semasa zaman diploma. So, biarlah itu sahaja hutang saya. Takut tak sempat nak bayo plak!

Sejak da fully recovered nih, keinginan untuk melakukan kerja2 rumah semakin membuak2! Sekarang saya rasa macam nak belajar masak pelbagai jenis kek dan tart! Aritu da buat kek coklat kukus with choc ganache, kali ni bercadang nak buat red velvet cake dan cheese tart!Weee~! Tak sabar rasanya.

Ok. Da la taip. Nak tido pulak sambil mimpikan kekasih hati yang jauh di perantauan......hu hu hu...T__T

No comments: