Pages

Thursday

Senangnya Buat Murtabak Maggi!

Dinner malam ni saya buatkan murtabak maggi utk family saya. Ni semua sebab selalu search kat google. Tengok makanan apa yang best. So, terjumpa la resipi murtabak maggi ni. Tapi, saya tak berapa nak ikutkan sangat resipi orang. Sebab kalau boleh, saya nak lagi ringkas tapi tetap sedap.

Gambar kat atas tu murtabak maggi yang saya baru teringat nak tangkap gambar. So, alang2 tu...saya boleh la ajar korang yang muda2 ni masak. Mak2 orang masak lagi sedap kot. Ni kira macam dapur remaja la ni. Lebeyh kurang kan.

Ok. Bahan2 yang saya gunakan untuk hidangan 5 perut:

  • 3 bungkus maggi perisa kari
  • 5 bijik telur ayam tulen
  • 3 keping daging beger Ramly dihancurkan
  • Sebijik bawang besar dikisar
  • Sedikit serbuk lada
  • Sedikit serbuk kari
Cara2nya :-
  • Mee maggi direndam sampai la kembang.
  • Sementara nak tunggu mee kembang semangkuk, tumis bawang. Pastu, masukkan serbuk lada sikit dan serbuk kari sikit. Ikut tekak korang la. Kalau nak masin, masukkan la serbuk kari bebanyak. 
  • Agak2 da puas hati, masukkan daging beger tu sekali. Gaul rata2. Sampai la kering dan masak.
  • Dalam mangkuk lain, pecahkan telur satu2. Masukkan perencah maggi dalam telur tu. Kacau2 sampai rata macam nak buat telur dadar tu. Pastukan masuk daging beger yang da masak tu.
  • Mee yang korang rendam tu toskan sampai kering. Pastu masuk jek dalam telur ngan daging tu. Gaul la mereka sampai rata.
  • Dengan menggunakan non stick pan atau kuali yang leper, masukkan la mee tu dalam kuali sambil bentukkan bulat. He he he. Jangan lupa bahagikan sama rata untuk hidangan 5 perut tau!
Selamat mencuba~!

P/S: Korang edit2 ler resipi tu ikut anak tekak korang ye....Hi hi hi~! Tekak saya sapu cili sos ngan mayo atas murtabak....hi hi hi...

6 comments:

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

tetibe terase lapo~~

Amirah said...

hi hi hi...malam2 jangan makan....esok pagi baru makan ye....

iNNrPeAcE said...

sys Myra! nak 1 murtabak maggie~
delicious tu~ nyum2..

Amirah said...

alamakkk....da abis laaaa....hi hi hi....

abu said...

cis cis cis dan cis lg...

Amirah said...

hi hi hi...nape cyg?