Pages

Thursday

Bersama Nur Iman Umaira @ McD~!

 Air jarang kegemaran minah ni.

Ooooyeah! Ini salah satu lagu kegemaran Iman Umaira. Boleh senyap sekejap kalau dengar lagu ni. Tapi, dia lebih sukakan suara saya lagi....hak hak hak!

 Aunty M memang suka gaya pelik. Dia kata ini style....watever la makcikkk....

 Sudah lapar. Dimakannya pamphlet McD.

Bersama2 Aunty M @ McD~!

Semalam saya dan M merancang untuk menjalankan kewajipan menebus kupon kat McD. Iman pulak ada masa tu. So, kami bawa la sekali. Ala2 girl's day out la tu kan. Iman ni dia kalau nampak orang lelaki dekat2 dia...dia akan nangis. So, saya takkan keluar dengan kawan2 lelaki saya bersama2 dengan Iman. Tapi....kalau En. Saufi ada...Iman ni sangat manja... Pelik tau perempuan ni. Hi hi hi..

Letih betul melayan perempuan ni tau. Masa tu kami tak teringat langsung nak kasi dia duduk kat kerusi baby. Fries sampai keras dan sejuk sebab kami xsempat makan dek kerana melayan kerenah minah ni. So, kami hampir putus asa. Da nak berangkat balik da ni. Tapaw sume beger2 yang ada. Nasib baik la M teringat nak amik kusi baby kat belakang tu. Lepas jek Iman duduk, kami masing2 menghela nafas yang lega dengan panjangggggnya! Ha ha ha.

Kasi iman pegang fries, senyap terus. Gigit2 fries. M makan McFlurry. Iman tengok dan dia menjerit sebab nakkan McFlurry M. Ok. Iman agak ganas sket tau. Disebabkan dia tak dapat nak bertutur dalam bahasa manusia lagi, terpaksa la dia menjerit jek untuk mintak sesuatu. Saya minum air. Dia nampak. Dia menjerit lagi. Nasib baik la saya amik air Ribena tapi bukan Coke. Ha....ni lagi la....nak sedut guna straw belum pandai lagi. So, saya tahan air dalam straw jek la kasi dia minum. Sampaikan saya sendiri terminum dengan cara Iman.

Nasib baik masa kami makan Double Cheeseburger dia tak menjerit. Sebaliknya, dia baca pamphlet McD. Fuhhhh~!

Letih melayan kerenah dia tau. Tapi agak seronok bila hang out sama2 dengan seorang bayi sebab diorang akan menimbulkan suasana yang ceria~!

Lepas jek kenyang, kami ke Giant. Saya beli bantal jek. Hi hi hi.

Lepas pegi Giant, kitorang balik rumah jek. M nak main dengan Bella pulak. Bella memang da sedia menanti kepulangan kawan baik dia, Iman.

Ni gambar Bella yang sempat diambil oleh M semalam.

 Ini gaya terbaru Bella. Muncung Angelina Jolie ok!

 Udah! Ini memang muka pelik Bella.

 Haaaaaa...mentang2 la kamera besau...mata dia pun nak besau jugak!

 Mata besau lagi. Tu nak mintak angkat la tu kalau gaya mengepak2 gitu. Hi hi hi.

 Ni sibuk jek bila Iman makan dia pun nak makan.

Senyuman nenek dari seorang Bella~!!!

M memang seronok semalam. Ditambahkan dengan penat lelah melayan kerenah bayi2 comel ni. Hi hi hi. Jam 4 petang baru M balik. Konfem lepas tu terus berdengkur kawan saya sorang tu.

M sebenarnya da tak sabar nak timang anak saudara. Semoga impiannya bakal tercapai 9 bulan akan datang. Amin Ya Allah.....~

No comments: