Pages

Tuesday

Coretan Jam 2 :18 a.m

Yeah! Hari ini berjaya siapkan order customer. Cuma tinggal keychain dan hp charm dia jek lagi. Da lama tak terjebak dengan keychain dan hp charm. Terasa berat nak start ni. Sigh~!

Berjaya menyiapkan Elmo!

 Ni tempahan yang da diposkan hari ini.







Before 17/7 ni, ada order yg perlu disiapkan. Harap2 sempat la. Macam ni la susahnya orang nak cari duit. Entah sempat ke tak saya nak menjahit bila da masuk study ni.

Alhamdulillah. Hari ini ada org nak order 15 biji bantal sempena dengan konvokesyen kanak2 pra-skolah. Design nak princess ngan ultraman! Cutenya! Saya suka betul dengan kanak2. Tak tau la kenapa. Tapi memang rasa sayang sangat dengan dorang. Cuba bayangkan dorang hepi bila dapat hadiah bantal yg saya buat tu. Hi hi hi!

Total customer sekarang 20 orang. Total pillow average 2pillow untuk setiap customer. Mampukah? Harap2 Allah sentiasa menolong saya dalam mencari rezeki yg halal. Insyaallah. Duit yang terkumpul sekarang digunakan untuk perbelanjaan sepanjang pengajian  saya.Saya betul2 salute dengan seorang crafter ni. Dia tidak pernah menggunakan wang family dia untuk sambung belajar. Sampailah ke pringkat master pon dia masih menggunakan duit hasil craft dia yg sememangnya cantik!

Saya harap, saya akan menjadi seperti dia kelak!

Disebabkan terlalu busy menyiapkan tempahan, saya seperti sudah kurang bermesraan dengan si dia. Alhamdulillah. Si dia memang memahami saya. Kalau dulu, lambat reply sms pon da membebel. Tapi sekarang, si dia amat memahami. Yang penting kejujuran dari kedua2 belah pihak kan!

Semoga si dia mampu menjawab pekse untuk mendapatkan certificate dari microsoft Khamis ini. Amin!

No comments: