Pages

Sunday

Fettuccine + Sos Prego~!


Hari ini Mama saya nak makan spaghetti. Tapi dia terbeli fettuccine! Ha ha ha. Takpe2. Asalkan boleh makan dengan sos prego nih.

Saya tak guna Prego dalam botol sebab takde tanda Halal. Saya guna Prego dalam tin jek. Beli 2 tin da banyak da. Boleh makan 1 family. Saya beli Prego yang ada tomato, basil dan garlic. Malas nak menumis sebenarnya.





Ini la Prego yang saya guna. Very nice tau rasa dia. Saya just tambah garam sikit dan air sikit jek. Saya tambah sos tomato jugak. Agak2 da rasa sedap tu. Ok la.

Bahan2 tambahan, saya hanya gunakan minched beef, tomato dipotong dadu, sayur campur dan lada benggala.

Untuk fettuccine, saya gunakan jenama San Remo. Common brand kan. Semua market ada.
Kesimpulannya, Prego telah memudahkan kerja2 memasak untuk mereka yang bujang. Ha ha ha. Ops~! Da kawin nanti pun konfem saya akan masak ni jek. Senang sangat. Dapur pun tak bersepah2.

Ni pulak saya masak kuew teow goreng sotong. Cari kerang tak jumpa2. Putus asa da. Terus rembat sotong jek. Lantakkk!


Kecur air liur tak? Hi hi hi. Jangan salahkan saya. Sila salahkan mata korang!!

Ok la....nak ready untuk bermasker. Nantikan next entry k~!

No comments: