Pages

Tuesday

Mee Hailam Sihat~!


Sihat la sangat kan! Ayam, daging, sotong and udang bergabung tenaga. Sihat ke? Sihat jek kalau makan sikit. Kalau melantak satu kuali, memang la da tahap kritikal. Ok. Sebenarnya, da lama da tekak ni mengidam nak makan mee hailam ni. Nak makan kat luar haruslah bawak satu family kan! Huish! Membazir jek makan kat luar. Lagipon saya da rasa kembang tekak kalau makan kat luar ni. Entah bersih ke tak diorang masak.

So, alternatif sendiri. Lepas siap menjahit, terus saya ke Tesco untuk membeli barang. Pasar? Alamak! Kalau mama saya takde, memang saya takkan ke pasar. Bukan apa...malu la bila makcik2 tengok saya terkebil2 sorang carik bahan. Kalau kat Tesco, semua tempat ada label barang2. So, senang nak mencarik. Kesimpulannya, saya ke Tesco dan membeli ayam serta daging total RM10.00! Memang kena marah ngan ayah la sebab mahal. Hi hi hi. Apa2 pun, nilai keseluruhan termasuk sayur2an adalah RM20.00!

Resipi mee hailam ni boleh dicuba oleh orang2 muda. Sebab sangat simple dan sedap!

Bahan -bahan: 
  1. Mee kuning sebungkus
  2. Bawang putih - 6 ulas (tapi saya guna banyak sebab saya suka rasa bawang putih)- ditumbuk
  3. Bawang merah - 2 bijik - ditumbuk
  4. Cili boh - 3 sudu besar teh
  5. Sayur2an (cendawan, sawi, lada capsicum, jagung,carrot, dll ikut suka)
  6. Kicap manis.
  7. Kicap pekat.
  8. Garam.
  9. Tepung jagung - 2 sudu - dibancuh dengan air dulu.
  10. Ayam , daging, sotong, udang
  11. Daun sup untuk hiasan.
 Cara2 :
  • Tumis bawang putih, bawang merah dan cili boh hingga kering.
  • Masukkan daging sekali dengan tumisan. Biar dia empuk.
  • Buat air stok udang. Ketuk kepala udang, rebus dan asingkan kepala udang ngan air rebusan tu.
  • Masukkan stok udang ikut suka nak bape banyak. Agak2 k!
  • Biarkan daging betul2 empuk dalam rebusan air tu. 
  • Masukkan kicap manis dan kicap pekat. Adjust rasa tu dengan garam. Pandai2lah rasa ye.
  • Masukkan lada capsicum, jagung dan ayam.
  • Biarkan jap. Bila daging da empuk, masukkan semua sekali bahan2 yang ada. Tungg mendidih sekejap.
  • Bila da menggelegak, masukkan bancuhan tepung jagung tu. Kalau tak pekat, tambah lagi k!
  • Tutup api. Hidangkan dengan mee!
  • Makannn!
Senang tak?  Cuba jangan tak cuba tau!

No comments: