Pages

Friday

Nasi Goreng Tumbuk!

Salamz korang!

Alhamdulillah. Hari ini saya dapat menyiapkan sebijik lagi bantal customer. Nak sambung lagi sebijik da tak larat da. Mana taknya, sambil menjahit, sambil menjaga 2 orang bayi perempuan yang comel2 dan nakal2 ni. Diorang selalu nak cari akal buat itu la...buat ini la....last2 saya dapat solution untuk bagi dorang senyap iaitu saya kena menyanyi. Dorang sangat seronok...tersengih2 sampai ke telinga kalau dengar saya nyanyi. Jangan tak percaya tau. Saya ada peminat!

Ok la. Setelah seminggu saya pulun menjahit, saya dengan rela hati ingin melepaskan tekanan perasaan saya ke atas nasi goreng untuk dinner malam ni. Nak tau kenapa saya lepaskan tekanan kat nasi goreng ni? Hi hi hi. Sudah pastinya, segala bawang2an dan cili api2an telah saya tumbuk sampai lumat dalam sebijik lesung batu yang lesungnya tinggal separuh jek! Ha ha ha! Ikan bilisan pun saya tumbuk gak! Sangat kejam ok!

Inilah hasilnya!

Nah! Bawang besau, bawang putih, cili api dan ikan bilis da pun ditumbuk oleh saya. Ini resipi orang bujang jek la k. Adik2 yang masih dibangku skola pon boleh cuba ni. Kuantiti bawang2an dan lain2 tu boleh la adjust ikut suka korang. Saya kalau masak memang xreti nak sukat2 ni. Semua main campak2 jek. Asalkan rasa tu ada cukup la.

Saya ni kalau nak buat nasi goreng, nasinya kena la yang semalam punya sebab keras dan sebijik2 sikit. Tapi tadi saya masak jek nasik tu tapi kurangkan airnya. Tinggalkan lama lepas ditanak2. Jadiklah dia seketul2. Baru la sedap nak buat nasi goreng. Kalau lembik, memang tak sedap la ikut anak tekak dan tembolok saya ni. Hi hi hi.





Inilah hasilnya! Kaler biasa2 jek kan. Selalunya saya akan masukkan cili api byk2 tau sampai nasik kaler hijau. Tapi, sejak akhir2 ni, perut saya seakan2 tidak mampu untuk menerima isyarat rasa pedas lagi. So, terpaksa saya kurangkan bilangan cili api. Da seminggu da ni avoid from taking spicy foods. Kalau da sakit perut, asik ke tandas la jawabnya. Sampaikan luka operation di belakang saya melecet! Euwwww...scaryyyy!

Ok la. Ni saja jek nak tunjukkan masakan bihun kegemaran saya.

Orang kata ni style bihun goreng Singapura. Tapi saya panggil bihun putih jek. Bahan2nya bawang besar, bawang putih ngan lada sulah jek. Senang disediakan dan sedap untuk dinikmati. Hi hi hi. All time favorite!

Ni pulak gambar budak perempuan yang comel dan nakal. Da lama tak masukkan dalam entry belog ni.

Masing2 busy dengan walker masing2. Kalau da bosan, bertukar walker la jawabnya. Kalau saya bangun dan berjalan, confirm budak2 ni kejar saya dengan lajunya. Kalau saya menjahit, saya akan pasangkan lagu dalam Youtube untuk bagi dorang hiburan sikit. Kalau saya masak, masing2 sibuk  nak 'tolong' saya kat dapur. Jadi, saya letakkan jek dorang kat dapur sambil saya masak. Nasib baik la dapur tu luas. Kadang2 sampai berpeluh2 dorang tunggu saya masak. Hi hi hi.

Ok. Malam ni rehat sambil layan movie yang baru download petang tadi. Esok sambung lagi projek menjahit. Isnin nak poskan kepada 3 orang customer. Total items : 7 bijik bantal dan 1 pencil case. Daaa~!

No comments: