Pages

Friday

Tahniah En. Saufi!!!

Alhamdulillah!!!

Hati ni lega sangat sebab En. Saufi sudah berjaya melepasi exam asp.net dengan cemerlangnya. Tinggal 1 lagi exam lepas ni. Lepas tu, kaya la dia. Hi hi hi. Hasil usaha dia jugak. Saya betul2 puji En. Saufi sebab dia memiliki sifat berdikari yang sangat hebat. Sebab tu la bakal pak mentua dia ni suka sangat. Baguskan!

Sebelum ni, ayah saya tak pernah suka dengan pilihan hati saya. Tapi sekarang ayah saya mendoakan lagi bakal menantu dia tu. Semoga kami berkekalan la hendaknya. Sifat2 dan ciri2 yang ada pada En. Saufi ini sama seperti ayah saya. Memang sama. Ayah lebih suka lelaki yang berdikari sendiri dan tak terlalu bergantung dengan family. Cuba bayangkan, masa zaman dia belajar dulu, pinjaman PTPTN dia boleh guna sampai habis sem. Jimat tak jimat?? Kalau student lain sibuk beli macam2 masa baru dapat duit, dia cool jek. Sayang sangat dengan dia...

Dialah sumber inspirasi saya untuk bakal berjaya pada masa depan. Dia tak pernah putus asa. Sentiasa berfikiran positif. Kalau saya down, dia yang akan naikkan balik keyakinan saya.

Dia tak pernah mengharapkan apa2 dari saya. Dia dapat terima diri saya seadanya. Alhamdulillah.

Dialah lelaki paling baik pernah saya jumpa. Serius! Jangan siapa2 cemburu yek dengan kenyataan saya. Hi hi hi. Saya tau, pasti ada yang mencebik mulut baca kenyataan saya ni. Ha ha ha. Saya suka! Lantak korang la ye.

Lagi 2 minggu lagi exam sharepoint akan menjelma. Diharapkan En. Saufi dapat melakukan dengan cemerlang sekali. Segala masalah yang berlaku sekarang, jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk cemerlang k syg! Itu biar dia dengan Allah setelkan.

Ops! En. Saufi nak amik anak angkat. Siap bertanyakan lagi kat mak kandung budak tu. Ha ha ha. Nak tengok??


Boo!

No comments: