Pages

Sunday

Tutup 'Buku' Lama....

Bersempena dengan Nisfu Syaaban pada esok hari, dengan ini saya mengumumkan....saya nak berubah ke arah yang lebih baik. Saya akan cuba membuang perasaan dendam kesumat yang da lama saya simpan dalam hati saya. Saya nak jadik Amirah yang suci bersih dari segala noda hasad dengki.

Saya malas da nak peduli dengan sesiapa yang cuba sakitkan hati saya.

Saya percaya dengan hukum karma. What goes around comes around.

Allah mampu bantu saya.

15 Syaaban memang penuh dengan keajaiban pada saya.

Semoga Allah mengampuni segala dosa2 saya dan keluarga saya.

Saya menginginkan kehidupan yang aman dan sempurna.

Insyaallah. Saya yakin dengan Allah saya. Hanya Dia yang mampu membuatkan saya gembira dengan hidup yang Dia telah aturkan untuk saya.

Alhamdulillah. Malam ni saya masih berkesempatan belanja keluarga saya makan dengan duit hasil titik peluh saya sendiri. Insyaallah. Kalau ada kesempatan lagi, saya nak belanja mereka lagi. Cara itu adalah terapi buat saya kerana saya sayangkan keluarga saya lebih daripada diri saya sendiri.

Hidup kat dunia ni tak lama. Sekejap jek kalau nak dibandingkan dengan zaman Nabi Noh a.s. So, saya takkan sia2kan hidup saya lagi. Setiap masa saya akan buat sesuatu yang bermakna. Tak buang masa semata2 dengan cinta lelaki bukan muhrim. Saya da sedar.

Saya nak berterima kasih kepada mereka yang telah banyak memberikan nasihat dan motivasi kepada diri saya. Ianya betul2 meresap ke dalam jiwa saya. Alhamdulillah. Thank you so much!

Saya mahu menjadi seorang manusia yang penuh dengan azam dan tidak leka dibuai segala nikmat2 di dunia ini.

Keluarga adalah keutamaan saya.

Azam adalah pemangkin kebangkitan semangat saya.

Dengan izin Allah, saya mampu untuk berubah.

No comments: