Pages

Monday

Untuk Hari Ini.


Alhamdulillah. Hari ini saya sempat siapkan 2 bijik bantal lagi. Bantal kat atas tu da siap poskan da petang tadi. Manakala bantal lagi satu tak sempat saya nak snap gambar. Lampu bilik da tutup. Ekon da pasang. So, bila da terdampar atas katil ni, malas da nak bangun2 lagi. Tapi, kalau nak mentong (ulang makan kalau translate BM), punggong ni rasa ringan sangat. Hi hi hi.

Alkisah bantal kat atas tu. Tak tahu la kesilapan siapa. Tapi, mungkin saya. Sebelum ni saya ada buatkan bantal yang sama tapi kaler hitam dan putih. Saya tersilap baca description tentang bantal ni. Customer suka berurusan dalam inbox facebook dan email saya. So, saya tak perasan tentang pertukaran warna bantal. Atau mungkin saya betul2 terlupa. So, bila bantal da sampai ke customer, dia complaint. Omaigod! Memang kena buat lain la. Saya pun malas nak argue sebab tengah tension dengan barang2 customer yang tak sampai2 (alhamdulillah, da sampai). Saya janji dengan dia, saya akan poskan hari Isnin. Dan alhamdulillah. Saya mampu lakukan.

Untuk bantal yang seterusnya, saya akan target hantar hari Rabu ni. Lepas tu, nak siapkan pencil cases jiran2 dan kawan2 Didi. This week memang kena bertungkus lumus. Da takde masa lagi nak beriang ria macam kanak2 Ribena da. Kalau pinggang ni tak sakit, rasanya saya takkan berhenti menjahit da ni.

Tadi saya puasa. Dan saya mampu menjahit! Harap2 bulan Ramadhan nanti saya mampu menjahit lebih banyak bantal2. Dan saya juga perlu buat medical check up next month.


Sorry. Tangkap gambar guna hp, masukkan dalam lappy terus hijau. So, saya black n white kan jek. Kalau tak nampak pelik plak. Ini coleslaw. Baru makan tadi. Sedap sangat2! Takyah nak beli kat KFC. Buat sendiri pun boleh. Saya gunakan sos coleslaw brand Tesco. Hi hi hi. Feeling healthy!


Ni budak Iman. Hari ini banyak betul keletah dia. Da pandai salam tangan orang sambil cakap 'ye..ye..ye..'. Ha ha ha. Konon2 dia nak cakap selamat hari raya la tu. Pagi2 mesti makan kuih bingka. Kalau tyme main2, suka pegang french fries. Lunch tu biasa la. Bubur! Dia tak suka nestum2 yang baby selalu makan. Aritu bagi dia makan nasi lauk asam pedas pun dia makan. Nak lagi. Nak lagi. Hi hi hi. Takut gak sembelit. Tapi nasib baik dia suka minum air masak. Sehari boleh habiskan 2 botol air masak (versi botol dia la...hi hi hi.).

Sekarang ni jugak, dia da pandai faham reaksi orang. Kalau orang marah dia, dia akan tertunduk sambil air mata dia bergenang. Lidah terjelir2 nak mintak simpati.Air mata bergenang tu tak tahan. Kalau orang kesian kat dia....baru la dia nangis. Hi hi hi. Kalau orang hepi tergelak2, dia pon gelak sekali! Comel sangat. Memang cerdik da. Kalau nakkan sesuatu, dia akan pandang muka kita, then buat2 batuk. Nak kan orang perhatikan dia jek. Barang mainan dia, tak boleh sape2 sentuh. Kalau dia da puas main, baru dia kasi. Itulah Nur Iman Umaira kesayangan saya. Apalah agaknya perasaan dia kalau saya balik U nanti. Sedihnya!

Ok. Nak melayari forum dan rancangan di Tonton. Bubbye~!

No comments: