Pages

Tuesday

Banana Caramel Poundcake.


Hai! Sempat aje la saya ni memasak kan! Nak buat macam mana. Terapi memasak ni la paling best saya buat kalau tengah stress. Ni ha baru lepas menggorengkan nasi untuk adik lelaki tersayang. Lapar katanya. Nak makan nasi goreng saya. Alahai. Kalau mama da takde nanti, saya la jadik pengganti air tangan mama. Saya sayang adik2 saya sangat2. Kalau saya marah2 tu, ada la yang tak kenanya ye. Yang baik jadikan sempadan, yang buruk tu jadikan sempadan.

Petang tadi tekak saya ni teringin la nak makan kek pisang. Jalan2 kat blog Mat Gebu tu ha, nampak pulak resipi kek pisang yang paling simple wa cakap lu! Ha ha ha. Apa lagi...terus saya selongkar dapur dengan hingar bingar si Iman dan Bella pun duk memunggah jugak. Mama tengah siapkan makanan berbuka. Ha ha ha.

Untuk pengetahuan semua...Bari merasmikan dulu kek ni. Mula2 dia kata dia bagi 10 bintang. Lepas makan 2 potong, dia kata xjadik la nak kasi 10 bintang....dia nak kasi 20 bintang ko!! Ha ha ha. Apa2 aje la budak pandai tu. Resipi ni saya copy dari blog Mat Gebu tau. Ni linknya : Banana Caramel Poundcake

Korang ikut la sebijik2. Cukup mudah.

Bahan-Bahannya:-
120 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
90 g gula pasir
50 ml minyak jagung/masak
2 biji telur gred A
1 biji pisang embun/montel
30 g gula pasir + 1 camca besar air*
2 camca besar air*(*untuk karamel)

Cara membuatnya:-
  1. Lenser acuan pouncake berukuran (7 x 5 x 20) cm dgn mentega/marjerin, alas dasar dan tepi acuan dengan kertas dan lenser juga kertas dengan mentega/marjerin. Panaskan juga oven pada suhu 175C.
  2. Pisang dipotong kecil. Ketepikan. Masak 30 g gula dengan 1 camca besar air hingga bertukar menjadi karamel. Tuang 2 camca besar air dan kacau rata. Masukkan pisang tadi, gaul rata dan biarkan sejuk.
  3. Masukkan telur, gula dan minyak ke dalam mangkuk tahan panas. Kacau hingga rata. Tenggekkan atas air mendidih dan kacau cepat hingga gula hancur. Angkat dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau rata.
  4. Tuang pisang + karamel tadi dan gaul hingga rata. Curah dalam acuan dan bakar 30 - 35 minit hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong. Simpan semalaman untuk mendapat rasa yang "mengaummm"..
Selamat mencuba~!

P/S : Resipi dalam belog ni saya telah follow resipi dia dari 2 tahun lepas lagi. Harap maklum.

No comments: