Pages

Friday

Bazaar Ramadhan. Keberkatan @ Pembaziran?

Semerbaknya bau ayam goreng berempah ni!!!

Hari ini, juadah untuk family saya berbuka, nasi lemak dan ayam goreng berempah jek....tetiba teringin nak mam juadah ni. Ni sambil menggoreng, sambil update belog.

Kalau dulu, zaman kanak2, sibuk jek ajak mama n ayah pegi beli juadah berbuka kat bazaar Ramadhan. Ingat lagi betapa penuhnya meja makan time tu. Macam2 ada. Itu nafsu masa kecik. Tapi tah sekarang ni rasanya tak lalu da nak beli kat bazaar. Ye la. Saya da tau macam mana orang meniaga makanan ni. So, memang rejek awal2 kalau nak keluar makan kat restoran2. Blergh! Tak lalu! Baik masak sendiri.

Kuih-muih kat bazaar tu, bukannya sedap sangat. Bertambah pula harga da naik....Gula pasir naik seposen..sebijik kuih pun nak naik seposen gak ke? Sebijik kuih tu guna gula pasir sampai sekilo ke???

Lauk pauk jangan cakap la...ada yang da basi....kalau tawar takpe lagi...boleh alter buh garam sket and saya faham sebab tukang masak berpuasa. Tapi kalau basi?? Memang sengaja la nak carik duit haram! Panas ni panassss!

Air pulak pasti ada yang guna air klorin berkarat. Tak percaya? Try la beli. Setakat ni saya layan soya bean jek. Tapi, ada orang kata, dia beli air soya bean tapi bila rasa susu tepung, campur dengan gula. Tak kurang jugak ada soya bean yang da basi.

Kepada peniaga, jangan la fikirkan tentang keuntungan semata2....fikir dosa pahala yang korang dapat.....memang senang di dunia...tapi di akhirat nanti???

Kepada pembeli, kalau korang dapat makanan yang tak sedap...jangan nak melenting sumpah seranah bagai....korang bertenang....fikir balik duit korang tu hasilnya dari mana.....kalau nak tegur peniaga pon....tegur la secara berhemah....

Ok. Peace~!

No comments: