Pages

Wednesday

Bazaar Ramadhan Sudah Tidak Selamat!

Terkejut sangat2 bila terbaca news mengenai keracunan makanan sehingga menyebabkan kematian seorang kanak2.

Ini membuatkan saya bertambah2 curiga nak makan kat luar. Tahap kebersihan diorang sangat mencurigakan. Terus terang saya katakan, saya memang da tak boleh nak terima makanan dari luar. Lagi2 lauk pauk yang dimasak untuk makan tengahari. Macam kat cafe2 di U saya.

Maybe lepas ni, saya hanya masak nasik sendiri dimakan bersama2 dengan kicap manis kegemaran saya. Kalau da malas, lebih baik saya makan Maggi jek. Senang!

Bukan tak pernah terkena dapat makanan basi. Malah sudah acap kali. Antara yang paling teruk sekali bila saya makan ikan keli yang da berulat. Eeeee! Saya ingat sampai sekarang rasa ikan keli tu. Sebab tu saya tak berani amik ikan keli yang besar2. Rela amik ikan keli yang tinggal tulang jek. Konfem ulat xmo makan ikan keli kurus kering.

Saya da berjanji dengan diri saya, suatu hari nanti, bila da berumah tangga dan bekerjaya, saya takkan biarkan perut suami saya dan anak2 saya diisi makanan dari lluar. Saya akan masakkan untuk mereka sendiri. Memang penat. Saya tau. Tapi saya lebih rela penat daripada membiarkan mereka makan di luar. Itu janji saya. Kalau tak sempat, saya akan sempatkan. Sebab masa saya ditentukan oleh saya sendiri. Saya bukan hamba kepada masa. I can manage my time very well! Insyaallah!



No comments: