Pages

Thursday

Bersenam Ketika Berpuasa Akan Menambahkan Berat Badan.

Terkejut tak?? Saya teruja. Hi hi hi. Jom kita tengok dahulu keratan akhbar yang mengeluarkan kenyataan itu.

JEDDAH: Ramai mungkin cuba membuang tabiat buruk ketika Ramadan termasuk mereka yang berusaha menjadi 'lebih sihat' dengan bersenam kerana mempunyai anggapan kurang makan ditambah senaman dapat membantu menguruskan badan.

Bagaimanapun, secara realitinya, anggapan seperti itu boleh menyebabkan kesan sebaliknya hingga menjejaskan kesihatan orang itu dengan serius.

Ada memilih melakukan senaman berat sejurus sebelum berbuka untuk mengurangkan berat badan.
Itu boleh membawa risiko kekurangan air sebelum berbuka terutama ketika bulan suci Ramadan tahun ini jatuh pada musim panas apabila suhu boleh mencecah 50 darjah Celsius.

Jadi, salah jika percaya kurang makan tetapi melakukan senaman berat membantu mengurangkan lemak walaupun mungkin kehilangan berat badan.

Jika kekurangan air berlaku dalam badan, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan sedia ada seperti batu karang lebih menyakitkan.
“Sebagai doktor di unit kecemasan (ER), saya melihat lebih ramai pesakit dengan masalah batu karang dalam buah pinggang ketika Ramadan berbanding tempoh lain setiap tahun kerana ramai orang tidak menggantikan air yang hilang sepanjang hari.

“Perpeluhan berlebihan hanya menambah kepada masalah ini,” kata Dr N Baho yang bekerja di sebuah hospital di sini.

Malah, bersenam ketika berpuasa boleh menyebabkan berat badan bertambah.
“Air dan gula diperlukan untuk metabolisme,” kata seorang lagi doktor yang enggan mendedahkan nama penuhnya.

“Apabila anda berpuasa, metabolisme menjadi perlahan untuk disesuaikan dengan kekurangan makanan. Seterusnya jika anda makan iaitu ketika berbuka, badan akan menyimpan lebih banyak lemak berbanding biasa untuk menyesuaikan diri.”

Selepas bersenam, orang berkenaan akan merasa lebih lapar menyebabkannya makan lebih berbanding biasa. – Agensi

Dari apa yang saya faham ialah :
  • Di bulan puasa, kadar metabolisme dalam badan kita adalah rendah kerana kita tak makan seperti selalu.
  • Bila seseorang bersenam pada siang hari, selalunya di waktu petang sebelum iftar, akan menyebabkan dia mengalami kelaparan dan kehausan yang over. So, masa iftar sudah jadik masa untuk lunch dan dinner. 
  • So, dalam keadaan metabolisme yang rendah dan kuantiti kandungan gula dalam badan bertambah dan sukar untuk diproses. Disebabkan itu, gula2 yang tak diproses akan menjadi lemak di badan.
  • Tidak semena2 berat badan pon naik.
Kesimpulannya, bulan Ramadhan adalah bulan untuk merehatkan perut, fizikal dan mental. Islam is really purrrrrrr-fect!

No comments: