Pages

Wednesday

Fuh! Panas Hati Beb! Panas Hati!!

Wow. Lepas baca artikel paling lawak dan tak sedar diri! Wow! Ha ha ha. Saya tak boleh tahan lagi. Dia da melampau dalam memuji dan amik hati gf dia. Wow!

Meh baca dulu. Ni linknya. Surat dari orang tak sedar diri.

Nak lagi best, meh saya pastekan kat sini. Senang cerita kan!


Surat untuk Nurul Azliza

dia muncul secara tiba-tiba,
tatkala hati ini parah berdarah akibat manusia yg tidak berhati perut,
kemunculanya ibarat sinar baru dalam jiwa,
aku sendiri tidak sedar akan kewujudan satu perasaan kecil di dalam hati akan dia,
aku sendiri tidak tahu kebarangkalian hati ini mampu untuk menerima lagi,
aku hanya berserah kepada-NYA,
dia sederhana, bersahaja, peramah, mudah didekati untuk berkawan,
dia tidak secantik model atau gadis-gadis rebutan atau seperti artis2 hollywood mahupun korea,
dia juga tidak kaya seperti jutawan, tidak juga genius seperti sir isaac newton mahupun paul allen,
namun ada nilai-nilai keistimewaan dalam dirinya yang aku sendiri tidak terlihat,
hanya Allah yang tahu dan nilai itulah yang ingin aku selami,
aku tahu dia amat baru dalam hidupku sewaktu permulaan bicara kami,
tapi aku merasakan amat selesa tidak seperti sebelumnya,
dia menjadi dirinya sendiri dan aku juga bebas menjadi diriku,
rasa ini amat sempurna bagiku dalam menjalani kehidupanku,
fikiranku selalu memikirkan dia dan aku ingin kenal lagi siapa dirinya,
namun hati ini kurang yakin dengan secubit perasaan yang lahir terhadap dia di kala itu,
kuasa Allah, tanggal 16 jun 2009 dipilih untuk memulakan komitmen terhadap satu sama lain,
ya, memang terlalu awal untuk itu selepas hanya seminggu dua berbicara,
tapi kami berserah kepada-NYA untuk menentukan seterusnya.
Alhamdulillah, kini telah pun 26 bulan kami bersama,
segalanya penuh selok belok kehidupan yang mengajar kami kematangan,
perkongsian segala pendapat dengan dia amat aku kagumi,
aku kagum dengan kecantikan peribadi dan sikap yang dimiliki oleh dia tidak seperti sebelumnya,
aku berterima kasih kepada Allah kerana menemukan aku dan dia,
nyata keputusanku menunaikan solat istikharah seperti yang diajarkan ustaz sebelum aku menerima dia amat membantu aku membuat pilihan terbaik,
aku tidak sempurna seperti lelaki yang mungkin menjadi idamanya,
namun aku akan terus mencuba untuk menjadi yang terbaik,
aku sentiasa berdoa agar Allah permudahkan perjalanan kami ke tahap yang lebih sempurna bagi setiap pasangan serta dijauhi daripada gangguan-gangguan iblis juga manusia yang iri hati dan berhasad dengki.
Terima kasih Nurul Azliza Mohd Asri,
kerana menerima diri ini seadanya,
serta tabah dengan dugaan sekeliling yang selalu mencabar.
Hati ini sentiasa ada kamu..... :)
ikhlas,
Faizulhidi
ditulis 40 minit oleh:
ell-oh-VEE-ee
p/s: ~I LOVE U~

Syahdu gila tak?? Memang syahdu tahap cipan beb. Saya pun sampai sentap kat sini. Ayat paling sentap tu saya da boldkan untuk perhatian sesiapa jek yang baca.

Ha ha ha.

Memang ayat tak sedar diri.

Siapa yang tak berhati perut ye masa tu? Kau atau aku? Wow...........!

Kalau aku tak berhati perut....kau tu da kebulur la masa kat universiti dulu. Apa? RM10 sehari untuk duit belanja makan kau? Pinjaman PTPTN kau beribu2 kau habiskan sorang2. Pinjaman PTPTN aku dapat separuh jek beb. Tapi, disebabkan cinta bodoh kau tu dulu, hati aku buta tau tak! Duit yang ayah aku kirimkan aku kasi kau untuk kau makan. Aku terpaksa jual nasi lemak untuk dapatkan duit belanja makan aku! Wow. Memang aku tak berhati perut kan!

Masa kau eksidenkan aku....aku sanggup duduk dalam hospital kerajaan yang buruk dan busuk tu sebab aku taknak tinggalkan kau sorang2. Ayah aku nak bawak aku duduk hospital swasta. Tapi aku tetap berkeras sebab cinta bodoh aku tu! Seminggu mak ayah aku jaga aku dengan kau. Mak ayah kau datang jenguk sekejap jek. Mak ayah aku yang bagi kau makan. Wow. Memang aku tak berhati perut!

Kereta kawan kau tu...kau suruh aku bayar separuh! WTF! Masa ni aku da sedar yang cinta kau tu memang betul2 bodoh! Masa ni aku terpaksa menangguh semester selama setahun. Kau pulak boleh sambung lagi. Wow! Siapa yang tak berhati perut ha? Aku atau kau!

Dan sekarang, kau nak tunjukkan kasih dan cinta taik kucing kau tu dengan mengatakan aku tak berhati perut. Wow! Sentap beb! Sentap! Lelaki jenis apa ha kau ni? Kang kalau aku cakap kau ni pondan kau pulak yang sentap kan???

Weyh mamat tak sedar diri! Cukup la masa 2 tahun aku bersama dengan kau! Kau boleh pikir sendiri yang kau tu ada hati dan perut ke tak. Kau pikir diri kau jek tau! Kalau aku teruskan hubungan dengan kau, sampai sekarang kau tak sedar2 diri tau tak! Cuba belajar mengenang budi sikit. Masa mula2 kau kapel dengan aku pun, kau kata mak kau tak suka kat aku. Wow! Satu permulaan yang hebat.

Dari dulu sampai sekarang kau kene sedar...kau yang tak berhati perut!!!!

Ya! Kau tak berhati perut even dengan gf sendiri sekarang.

Aku nampak dari dalam diri gf kau yang kau masih mencari perempuan seperti aku. Aku nampak tu weyh! Kau jangan nak tipu aku la.

Baguslah kalau kau da mintak petunjuk Allah yang aku ni bukan jodoh kau! Alhamdulillah! Aku memang tak hingin hidup dengan lelaki yang makan duit perempuan. Aku tak pernah mintak duit yang kau guna tu. Tapi, kau mintak dari aku RM2500! Wow. Siapa yang tak berhati perut haaa???

Dari dulu sampai sekarang, aku memang benci kau.

Hakikatnya kau seorang lelaki yang berlagak! Kau bagitau aku yang kau ada daulat. Wow. Statement tak beragak! Memang dasar otak kampung! Ptuihhhh!!!

Ya! Aku hina kau!

Tolong sedar diri tu sikit. Kau tu da banyak terhutang budi dengan ayah aku!

Semoga roda kehidupan kau tak berputar balik kepada kehidupan lama kau! Aku taknak hati perempuan lain pulak hancur sebab kau! Baguslah kalau kau da ada masa depan yang cerah. Tapi tolong sedar diri tu sikit. Tolong berpijak di bumi yang nyata!


No comments: