Pages

Wednesday

Hari Sakit Sedunia. | Celoteh Amirah.

Salam Ramadhan semua.
Seperti tajuk entry kali ini, ya! Hari ini merupakan hari sakit sedunia. Saya dan En. Saufi. Masing2 tengah terlantar kesakitan. Wah! Nazak gitu bunyiknya ye. LoL~!

Dia dengan sakit sendinya. Saya dengan sakit senggugutnya. Cian.

En. Saufi tu memang selalu sakit kat tapak tangan dia. Dari kecik katanya. Dia pun tak boleh tido dalam ekon. Aritu datang umah saya, berselubung abis dia. Hi hi hi. Saya pulak jenis tido mati...memang tak sedar yang dia tu tengah kesejukan. Pagi2 baru saya offkan ekon. Pastu start la dia sakit sendi2 ni. Umah saya dan dia nanti camne tah. Saya takleh tido kalau takde ekon. Dia plak sakit2 bila ada ekon. Haish! Ada jek perbezaan di antara kami.

Yup! Saya dengan dia memang takde persamaan langsung. Ha ha ha. Risau jugak kalau takde jodoh. Tapi jodoh tu ketetapan Allah. Tapi best jugak bila takde persamaan. Dapat membezakan yang saya ni perempuan dan dia adalah lelaki. Ha ha ha.

Cakap la apa jek...Makanan? Minuman? Warna kegemaran? Hobi? Minat? Semuanya lain. Memang takde persamaan. Ha ha ha.

Tapi alhamdulillah. Masing2 boleh faham dan bertolak ansur. Mama dengan ayah pun takde persamaan dari segi minat. Still bahagia sampai sekarang. Kadang2 kami adik beradik tengok mama dan ayah berlainan pendapat...kami boleh tergelak sakan. Ha ha ha.

Perangai En. Saufi memang sama macam ayah saya. Serupa! Terlalu jaga kebersihan. Itu yang penting. Saya da bagitau awal2 yang dia kena cuci bilik air kalau da kawin dengan saya. And dia pun terus setuju. Dia paham saya ni tak boleh buat keje2 berat. Hi hi hi. Bagus betul En. Saufi saya.



Roomate saya dulu suka sangat kalau En. Saufi kol saya. Dia kata saya dengan En. Saufi da macam laki bini kalau berkongsi pendapat. Dia kata sweet sangat saya dan En. Saufi. Lagu dinda kanda dari senior si En. Saufi tu, Monoloque dan Atilia ditujukan kepada kami. Tah apa2 jek la roomate saya tu.

Alhamdulillah. Sehingga ke hari ini saya masih rasa bahagia sangat dengan En Saufi. Kalau saya ada konflik jiwa dengan orang lain, dia tak pernah pun nak mengapi2kan saya agar lebih membenci orang yang sememangnya saya da benci. Dia bagaikan air dan saya bagaikan api. Sebab tu la sampai sekarang saya masih mampu bertahan dengan dia.

Dia langsung tak menyerupai ex2 saya. Dia sangat baik dan cool! Tak terlalu menunjukkan rasa sayang pada saya. Tapi hakikatnya dia telah buat sesuatu yang membuatkan saya sangat2 terharu. Dia jarang memanjakan saya sebab dia nak saya berdikari dan ada kuasa sebagai seorang wanita yang elegan. Sebab tu sekarang ni saya paling tak suka couple2 yang berkorban membuta tuli hanya untuk cinta. Dia jugak la yang mendidik saya supaya menjadi lebih realistik dalam percintaan. Super cool!

Sorry la. Kepada ex2 saya yang suka baca blog saya ni. Anda sangat tak cool. Ha ha ha. Biarlah gf korang jek yang puji2 korang melambung2 ke langit. Ha ha ha. Loveydovey kunun! Haktuihhhh! Ha ha ha.


Ok la....ayah suh saya buat roti telur KFC. Huargh! Bergerakkkk!

No comments: