Pages

Sunday

Luahan Hati~!

Warghhhh! Harini rasa relax jek....biasalah kan...baru lepas terapi memasak. Juadah hari ini ialah soto bersupkan sup tulang (nasi himpit n mee kuning) plus my homemade oreo muffin! Perlu dihighlightkan di sini ye.... OREO MUFFIN! Ha ha ha. Bajet chef jek minah tempang ni kan.....LoL~!

Semalam da rancang da nak buat oreo muffin. Then, pagi tadi terus kuar beli self raising flour ngan oreo biscuits....sambil2 tu saya pegi la carik flannel cotton kat Kamdar. Pekerja2 Kamdar tu sume da kenal saya da. Kalau nampak jek saya masuk Kamdar, diorang da ready tunggu kat flannel cotton tu. Wah! Diva hokkay!

Balik dari Giant and Kamdar, saya terus siap2 nak buat muffin. Senang sangat....tak sampai sejam beb! Tapi, rasanya tak tau lagi la.....Hi hi hi. Tunggu da buka nanti baru saya postkan entry OREO MUFFIN k~!

Actually, tak tau nak story apa....takut2 ada orang terasa pulak dengan stori mori saya nanti. Lagipon sekarang ni bulan puasa. Kalau saya tak tujukan pon, still ada org akan terasa. Almaklumlah, saya ni bukannya baik sangat. Jahat nak mati. En. Saufi je kata saya ni baik hati. Weeee~!

Lepas terawih nanti nak menjahit kaw2...huarghhhh!

No comments: