Pages

Saturday

Puding Karamel @ Puding Gula Hangus.


Percubaan pertama dalam membuat puding gula hangus ni. Kesilapan di sini adalah masa nak keluarkan dari loyang. Saya hentak kuat sangat sebab masa mula2 nak keluarkan tu agak susah sikit. Resipi ni saya amik dari kawan forum saya. Dia da selalu buat, so saya mintak resipi dan tips daripada dia. Meh tengok resipinya.

Bahan2 :
  • Gula pasir 1 cawan
  • Susu pekat 1 tin
  • Susu cair 1 tin
  • Telur 4 biji
  • Air 1/4 cawan
  • Esen vanilla
Cara2 :
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu.
  • Panaskan periuk dengan api yang kecil. Masukkan gula pasir ke dalam periuk bersama2 dengan air. Berhati2 ye. Semasa masukkan air, cepat2 kacau. Then, tunggu sampai warna larutan gula tu brownish. Bila da brownish, masukkan ke dalam loyang dan biarkan sebentar hingga larutan mengeras.
  • Sementara itu, campurkan susu pekat, susu cair dan telur serta beberapa titik esen vanilla ke dalam bekas mixer. Dengan menggunakan mixer, semua campuran dipukul sehingga sebati. Sampai kembang pun boleh.
  • Adunan ini agak manis. Untuk kurangkan kemanisan, boleh la masukkan secawan air.
  • Selepas itu, terus masukkan ke dalam loyang yang mengandungi larutan gula tadi. 
  • Masukkan ke dalam pengukus. Tunggu 45 minit. Sejukkan. Terbalikkan ke atas pinggan.
Senang sangat resipi  ni kan! Cuba tau. 

No comments: