Pages

Friday

Tafsiran Surah Al - Fatihah.

Salam semua pembaca belog saya.

Haritu saya ada baca mengenai statistik pelajar sekolah yang tidak tahu tafsiran surah Al - Fatihah. Saya tau, sebenarnya ramai di antara kita yang lupa berkenaan dengan maksud dalam surah Al-Fatihah. Kepada yang ada ilmu dalam bahsa Arab mungkin beruntung. Alhamdulillah, saya faham sikit2 bahasa Arab sebab dulu pernah amik subjek tu kat skola. Ok la. Saya taknak celoteh banyak2. Jom kita hayati kandungan surah Al-Fatihah yang juga dikenali dengan pelbagai gelaran ; Ummul Kitab, Asy-Syifa', Al-Waqiyah, Al-Kafiyah dan sebagainya.


Bismillahir-rahmanir-rahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang).


Alhamdu lillaahi Rabbil-aalamin
(Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam).


Ar-rahmanir-rahim
(Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)


Maaliki Yaumiddin
(Yang menguasai hari kemudian)


Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in
(Hanya kepada-Mu kami beribadah atau menyembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan)


Ihdinash-Shiraathal-Mustaqiim
(Berilah kami hidayah menuju jalan yang lurus)


Shiraathal-ladzina an’amta ‘alaihim ghairil-maghduubi ‘alahim waladh-dhaallin.
(Iaitu, jalan orang-orang  yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat)

Selepas membaca surah ini, disunatkan kita untuk menyebut 'amin'. Ini adalah kerana kita memohon agar bacaan/doa kita dimakbulkan oleh Allah. Rasulullah pon mengaminkan bacaan surah ini semasa baginda mengimamkan solat sehingga kesemua makmum mendengar.

P/S : Sekiranya artikel yang saya postkan ini terdapat kesilapan, jangan segan untuk menegur k. Saya pun masih belajar dan sedia menerima teguran baik dari korang semua. Yang salah dan silap datangnya dari kekhilafan saya sebagai seorang manusia yang serba kekurangan, yang baik semuanya datang dari-Nya. Insyaallah. Thank you.

No comments: