Pages

Friday

Hampir Seminggu Di UMP.

Alhamdulillah. Saya betul2 memanjat kesyukuran ke atas rahmat dan nikmat yang diberikan olehNYA kepada saya dalam mempermudahkan kehidupan saya di UMP tercinta ni.

Segala kegusaran jiwa tentang proses pendaftaran semakin berlalu. Alhamdulillah.

Pendaftaran kemasukan sudah selesai.

Pendaftaran subjek pun sudah selesai walaupun pertama kali saya membuat pendaftaran subjek secara terbuka (open registration).

Kehadiran room mate yang sangat menyenangkan jiwa.

Alhamdulillah.

Hanya tinggal permohonan PTPTN yang saya sedang tunggu. Insyaallah saya akan dapat untuk kelompok yang kedua. Walaupun terdapat sedikit kesulitan dalam membuat pinjaman, saya tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk memohon. Alhamdulillah.

Berkenaan dengan pelajaran pula, saya baru sempat memasuki 2 kelas sahaja. Ini adalah kerana kesibukan para lecturer ditambah dengan kehadiran Tun Mahathir ke sini, kelas terpaksa ditangguhkan. Lagipun sistem open registration (OR) ni baru pertama kali dilaksanakan di UMP. So, agak kelam kabut sedikit la para student menentukan jadual masing2 dan mengisi kekosongan kelas yang masih ada.

Alhamdulillah. Masih ada kawan2 yang membantu saya menguruskan pendaftaran saya di sini. Dan saya nak sangat berterima kasih dengan penasihat akademik (PA) saya, Miss Khairatun Najwa kerana telah banyak menolong saya di sini. Segala nasihat yang diberikan akan saya genggam hingga saya grad. Insyaallah.

Malam ni saya just siapkan take home quiz yang diberikan lecturer sahaja. Hi hi hi. Nasib baik soalan senang. Jawapan hanya di hujung jari sahaja. Walaubagaimanapun, saya kena faham apa yang saya baca. Alhamdulillah. Da faham da sikit.

Rezeki menjahit pula setakat ni hanya dari kawan2 terdekat sahaja. Itupun saya rasa da banyak da. Alhamdulillah. Rezeki dariNYA. Sementara PTPTN tak dapat lagi ni, hanya dengan cara ini saya dapat mengurangkan beban ayah. Lagipun Nakip pun da nak masuk sem baru. Memang banyak guna duit.

Mama, Ayah.... Kakak mesti belajar bersungguh2 sampai berjaya. Lepas tu, kakak akan carik kerja. Lepas sahaja kakak kerja, Mama, Ayah...duduk rumah diam2. Kakak akan tanggung pelajaran Deli. Itu janji kakak. Mama, Ayah... Doakan untuk kakak supaya hati kakak diterangkan dan dilapangkan oleh Allah so that kakak dapat terima ilmu dengan mudah. Insyaallah. Mama, Ayah... Restui kehidupan kakak n Didi kat sini. Restu Allah akan datang selepas kakak dapat restu dari Mama dan Ayah.


No comments: