Pages

Saturday

Kek Koko Simple~


Sebenarnya ini kali kedua saya buat kek ni. Resipi dapat dari sepupu masa balik beraya di kampung tempoh hari. 1st trial, kek bentat tapi naik mendadak....itu maybe sebab suhu oven terlalu tinggi. For this 2nd trial, alhamdulillah menjadik sikit sebab saya kurangkan suhu 190degreecelcius kepada 150degreecelcius. Sepatutnya kek ni jadik sgt moist walaupun dibakar. Maybe untuk 3rd trial akan datang saya akan cuba gunakan hanya api bawah saja. Ok la. kalau sesiapa nak cuba 3rd trial saya dulu...meh tengok resipi eaa...kaji betul2 tau!

Bahan2 :

Telur 4 biji
Gula halus 1 cawan
Soda bikarbonat 1/2 sudu kecil teh
Susu pekat 1 cawan
Tepung gandum 2 cawan
Serbuk koko 1/2 cawan
Minyak masak 1 cawan
Air panas 1 cawan (menggelegak)

Cara2 :

Pukul telur, gula dan soda bikarbonat sehingga kembang. Betul2 kembang ye.
Masukkan susu pekat.
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Kemudian, masukkan serbuk koko dan minyak diikuti dengan air panas menggelegak.
Oven dipanaskan pada suhu 150degreecelcius.
Bakar sehingga kek masak.

Selamat mencuba!

No comments: