Pages

Tuesday

Mushroom Soup with Garlic Bread~! Resipi Mudah dan Sedap!



Semenjak cuti Deepavali ni, saya asik fikir nak memasak jek. Macam2 resipi saya nak try. Tapi disebabkan cuti ni plan nak study, memang tak sempat la nak masak yang susah2. Just masak yang simple2 jek.... So, untuk resipi hari ni...saya sempat buat sup cendawan yang sangat2 creamy and yummy dan garlic spread untuk roti Perancis.... Hujan2 gini memang sedap sangat menikmati sup cendawan panas2 sampai terkikis lidah. Ha ha ha....

Mushroom Soup


Bahan2 :
  1. 200 gram Dutch mushroom dihiris (2-3 biji dipotong dadu dan asingkan untuk last step)
  2. 1 biji bawang Holland dihiris
  3. 2 ulas bawang putih dihiris
  4. 1 1/2 camca besar tepung gandum
  5. 650 ml air
  6. Sedikit garam
  7. Serbuk daun parsley
  8. 2 sudu besar teh mentega
  9. 1 kiub pati ayam
  10. 250 ml susu cair
  11. Serbuk lada hitam
Cara2 :
  1. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan hirisan bawang Holland dan bawang putih untuk ditumis sehingga layu.
  2. Masukkan hirisan cendawan bersama2 tumisan tadi. Tumis sehingga layu juga.
  3. Masukkan tepung dan digaul rata ke dalam tumisan.
  4. Masukkan air dan susu cair. Gaul sehingga sebati.
  5. Masukkan kiub pati ayam. Apabila cendawan atau bahan2 lain sudah lembut, boleh la matikan api dan biarkan sehingga sejuk.
  6. Apabila sudah sejuk, bahan tadi dikisar menggunakan blender. Masukkan kembali ke dalam periuk.
  7. Masukkan garam, lada sulah, daun parsley serta cendawan yang dipotong dadu tadi. Adjust rasa ikut tekak anda k....

Garlic bread


Bahan2 :
  1. Roti Perancis
  2. 3 sudu mentega
  3. 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  4. Serbuk parsley
Cara2 :
  1. Roti Perancis dihiris serong.
  2. Mentega, bawang putih dan serbuk parsley digaul rata.
  3. Sapukan di atas roti.
  4. Bakar sehingga garing.
Selamat mencuba~!

No comments: