Pages

Friday

Persiapan Melangkah Ke Alam Perkahwinan.

Tajuk gempak tak? Rasa macam da nak kawin sangat jek kan?? Well....I will give u a lot of surprises soon!

Papehal pun, saya nak buat persiapan untuk majlis pertunangan saya kelak. Tak tau la bila. Tapi kena la rancang dan buat persiapan dari awal. Konsep untuk pertunangan saya adalah Pastel Crafts~! Memang saya nak buat sendiri semua persiapan pertunangan saya nanti. Woops! Tapi takde pelamin tau.... Sebab saya guna duit saya jek. Lebih berbaloi. Sambil tumpukan pelajaran di universiti, sambil saya mengumpulkan duit dan menyiapkan apa yang patut untuk majlis saya kelak. Mama and ayah just sediakan makanan untuk bakal keluarga besan jek.

Belog ni akan saya updatekan semua yang saya buat untuk majlis saya nanti. Kalau boleh...saya akan kasi tutorial untuk projek DIY ni. Mana la tau..boleh kasi korang sedikit sebanyak idea yang cute ke kan...

Apa yang perlu ada ye?

1.  Baju kurung


Yup! Sangat indah kaler pastel ni kan. Untuk attire masa majlis pertunangan nanti, saya pilih untuk mengenakan baju kurung sahaja. Kalau boleh baju kurung dari kain Japanese cotton. Nak nampak ala2 innocent girl gitu. Mekap pun nak simple2 jek. Main dengan warna2 pastel jugak. Sweet sangat!
2.  Hand Bouquet

Part ni peranan dari saya sangat penting. Saya akan buat HB seperti gambar di atas. Warna2 yang akan dimainkan dalam HB ni jugak dari warna2 pastel. Tak sabar nak start buat HB ni.....

3. Hantaran

Barang2 hantaran yang tenggah ada dalam minda saya skang ialah : cupcake, coklat, caramel pudding, apam polkadot, bluberry cheese tart, buah2an and tepak sirih. Semuanya akan didekorasikan oleh saya sendiri. Seperti biasa, warna pastel la. Hi hi hi. Hiasan adalah handmade. 

4. Goodie bags


Disebabkan saya masih lagi seorang student, bajet tu sangat penting. So, by using this brown paper bags, saya akan decorate secomel2 dan sesimple2nya untuk dijadikan goodie bags. Selain jimat, ianya juga sangat unik dan eco friendly kan! Hi hi hi.....

5.  Bilik


Bilik pun saya akan decorate menggunakan warna2 pastel. Hijau, biru, kuning, pink dan purple. Untuk bilik, saya akan menghasilkan bantal handmade. Nantikan kemunculannya k. 

Lain2 nanti saya akan updatekan di sini k.... Projek untuk wall decor pon saya akan buat sendiri.... Tunggu ye!

No comments: