Pages

Saturday

Resipi Aglio Olio Spaghetti Mudah dan Sedap!


Menu untuk malam ni....

Olio Spaghetti

Bahan2 :
  1. 1/2 bungkus spaghetti
  2. 6 ulas bawang putih dicincang halus
  3. Sedikit udang dibuang kulit
  4. Sedikit sotong
  5. Broccoli
  6. Cili kering ( 2 - 3 keping) digunting dan dibuang biji
  7. Basil leaves
  8. Lada sulah
  9. Garam secukup rasa.
  10. Minyak zaitun
Cara2 :
  1. Spaghetti direbus sehingga masak. Letak sedikit minyak masak dalam rebusan supaya tidak melekat.
  2. Goreng cili kering menggunakan minyak zaitun dan diangkat ke tepi.
  3. Dengan menggunakan minyak yang sama, bawang putih ditumis sehingga naik bau.
  4. Setelah itu, masukkan sotong dan udang. 
  5. Masukkan garam secukup rasa.
  6. Masukkan spaghetti yang sudah direbus, cili kering yang sudah digoreng, broccoli, lada sulah, dan basil leaves.
  7. Gaul sehingga rata. Pastikan anda menggunakan 2 sudip dan dengan hanya mengaup sahaja spaghetti tu k.... Jangan gaul sampai putus. Ni bukan mee goreng mamak ye!
Selamat mencuba!

No comments: