Pages

Monday

Homemade Sushi~!


Saya berjaya buat sushi! Seronok sangat dapat makan sushi yang 100% dijamin halal ni. Mama yang tak suka sushi boleh kata sushi saya sedap banget! Wahhhhh...bangga tau! Ayah plak da menengking saya suh jangan balik umah lagi. Sedih jek... Nak tau sebab apa? Sebab saya selalu masak sedap2...hak hak hak! Perut ayah semakin menggelembung bila saya ada kat umah. Well! Pasni En. Saufi la menjadik mangsa saya. LoL~!
3 bijik pencil cases pun da siap tadi. Gambar tak dapat nak amik sebab tuannya da amik dulu. Kebetulan pencil cases tu siap, dorang tetiba datang. Ha...amik la ko pencil cases tu sume. Ha ha ha.

Ok...Ini resipi sushi saya yek!

Sushi Gulung

Bahan2:
  1. 1 cawan beras sushi jenama SUMO
  2. 2 cawan air
  3. 1 1/2 sudu cuka beras (rice vinegar)
  4. 1 sudu gula
  5. Sedikit garam
  6. Telur dadar
  7. Crabstick
  8. Timun (dipotong memanjang)
  9. Tuna mayo
  10. Seaweed
Cara2:
  1. Masak beras sushi dan apabila sudah masak, biarkan selama 10 minit atau dibiarkan sehingga sejuk.
  2. Cuka, gula dan garam dilarutkan.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit larutan cuka tadi ke dalam nasi. Gaul rata.
  4. Susun dan gulung padat. Potong dan makan!

No comments: