Pages

Sunday

Salam Aidil Adha~

O-genki desu.

Saya sangat eksaited nak belajar bahasa Jepun. Buat masa ni saya hanya belajar di U sahaja. Sambil2 selalu main game online yang berkaitan dengan bahasa Jepun. Ok la tu kan sebagai langkah mengulangkaji bahasa Jepun. Seronok tau belajar bahasa ni. Senang pun senang. Buat masa ni saya belajar tulisan Hiragana jek dulu. Memang la nampak senang. Nanti kalau da masuk tulisan Katakana, memang susah la kot!

Seminggu stay kat UMP lepas cuti Deepavali aritu. Memang semangat baru. Jawab test pun happy jek. Alhamdulillah. Minta2 ada la rezeki saya nanti. Insyaallah. Takut gak bila da confident jawab alih2 jawapan sume salah. Takut gak bila pikir2 balik jawapan test yang kita da jawab. Sebab tu, saya lebih suka melupakan terus sebaik sahaja kaki melangkah kuar dari dewan peperiksaan. Kalau tak, memang saya takkan dapat tidur malam. Itu adalah cara saya. Masa UPSR dulu, memang saya tak dapat tidur malam lepas pekse tu. Sejak dari tu, memang saya akan kosongkan kepala terus daripada dibelenggu segala nota2 yang bersarang dalam otak saya. Hi hi hi. Baru rasa tenang. Redha jek la dengan apa yang rezeki dari Allah. Berusaha sehabis baik dan berserah la pada Allah lepas berusaha tu. Baru la rasa kepuasan hati bila kita dapat result tu.

Saya baru sahaja lepas membuat dessert kegemaran saya. Tak lain tak bukan ialah puding caramel. Didi plak masak spaghetti untuk lunch arini. Not bad la untuk orang yang tak pernah masuk dapur mcm dia. Tapi still dia lom boleh celen saya. Saya ni 'Masterchef' tau kat umah ni. Ha ha ha. Cuma kadang2 saya jadik 'Katy Perry' kat hostel. Takleh blah! Statement ni memang cukup meng'annoying'kan rumet2 saya. LoL~

HUTANG PTPTN 30K!

Masa zaman diploma saya berhutang separuh jek iaitu RM9k. Tapi masa degree ni plak dapat berhutang full iaitu RM21k. Gilossss! Kachink2 da mata saya ni ha. Bukan sebab  nak ngabiskan hutang tu untuk enjoy. Tapi mikirkan guane la ambo nok bayar pitih banyak gitu. Tumpo teman yop!! Ha! Kuar da bahasa 1 Malaysia saya. Harap2 pas grad ni nanti terus dapat kerja gaji RM5k. Sebab target untuk kerja ni, takmo jadik engineer kuli. Tapi nak jadik engineer yang betul2 engineer. Duk dalam ofis n design chemical plant. Memang kene perah otak gila2 la. Hu hu hu.

TAKDIR ALLAH ADALAH YANG TERBAIK!

Mulai hari ini, saya takkan salahkan takdir saya. Sebab takdir saya Allah yang aturkan. Saya takkan mengeluh lagi. Sebab saya sayangkan Allah. Dan Allah sangat sayangkan saya. Nikmat oksigen is the best nikmat yang saya dapat dariNya. Alhamdulillah. Kagum2.... Thanks Allah...Saya dilahirkan sebagai seorang Islam. Kalau tak...sampai skang saya akan tergolong dalam golongan kayu api neraka. Nauzubillah hi minzalik! Kehidupan saya adalah milik Allah. Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang hambaNya dengan penuh dedikasi. My life is a serious matter now! Tumpukan pada kejayaan. Jadikan kegagalan sebagai catalyst untuk berjaya. Takde manusia yang dilahirkan untuk terus berjaya. Semua orang yang berjaya melalui proses paling penting iaitu USAHA! Tiada usaha, tiada kejayaan. Itu adalah benar. Tapi kalau tiada usaha, ada kejayaan, itu adalah dusta belaka. Kalau masa kecik kita boleh berusaha untuk bangun semula bila terjatuh, da besar ni pun sama...cuma term sahaja yang berbeza.

Semoga berjaya Amirah!
Ganbatte kudasai!
Amirah loves Ayah Mama Sopi!

No comments: