Pages

Saturday

Hari Ini Saya Jadi Tukang Masak Tengahari~!

Assalamualaikum kawan2~!

Apa khabar semua? Bertemu kita kembali dalam rancangan Let's Cook! bersama saya, chef anda yang terchomel di hati En. Saufi... Hik hik hik....

Ewwwwww......

Maaflah..tergedik sedikit tadi....

Ok la...hari ini saya mencabar diri saya untuk memasak lunch untuk mama dan ayah before saya balik ke UMP.....tapi simple saja la masakannya...semua orang tau buat....hi hi hi....jom kita lihat resepi simple dan tips dari saya....

 Kailan goreng belacan

Bahan2 yang digunakan sangat simple. Seperti biasa, sayur kailan haruslah dicuci dan ditoskan sehingga kering kemudian dipotong mengikut kesukaan anda. Untuk perencah, saya gunakan 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, sedikit cili api dan ikan bilis serta belacan. Kesemua bahan2 dikisar kasar. Nak tumbuk pon boleh. Lagi digalakkan. Hi hi hi. Tumis perencah sambil letakkan garam dan serbuk sesedap rasa. Pastikan perencah ditumis sehingga kering. Masukkan kailan dan gaul rata sehingga layu sedikit. Jangan layu sangat nanti bila makan rasa tak fresh. Siap untuk dihidangkan~!

Sambal kerang

Sangat senang nak buat sambal ni. Anak2 dara yang baru belajar nak masuk dapur, kena belajar buat sambal ni. Kalau tau buat sambal, konfem korang akan reti memasak telur masak sambal, ayam masak sambal, ikan masak sambal dan apa2 jua la masak sambal. Hi hi hi. Untuk masak sambal ni, kita kena pastikan betul2 cili kering tu dicuci dan dibuang biji sehabis2nya. Ini bagi mengelakkan terkena penyakit appendiks kerana perut kita tak mampu mengisar biji2an dari tumbuhan. Sebab itu la kalau kita belajar sains, pokok2 disebarkan melalui haiwan atau manusia melalui biji benih. Ingat ye. Untuk menyingkirkan biji lada kering darinya ialah kita rebus cili kering tu dulu, then masukkan dalam bekas bertapis, sambil curahkan air paip yang bersih, cili kering tu diramas2 sehingga tiada biji yang tertinggal. Saya paling tak suka kalau sambal ada biji2 cili dalam tu. Oh ya! Saya memang cerewet sket... Jom kita lihat bahan2 yang saya gunakan.

Bahan2:
  • Kerang (direbus dan dikeluarkan isinya)
  • 2 labu bawang besar (dikisar halus)
  • 1 labu bawang besar (dihiris kasar)
  • Segenggam cili kering (dipotong dan dibuang biji serta dikisar)
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk Sesedap Rasa
  • Minyak
Cara2:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang yang dihiris sehingga layu sedikit. Masukkan bawang dan cili kering yang telah dikisar.
  • Untuk mempercepatkan proses memasak cili kering tu, boleh la masukkan garam dan gula serta serbuk perisa mengikut cita rasa anda (saya lebih sukakan rasa yang ada manis2). Garam mampu untuk menaikkan suhu. Pastikan cili betul2 masak ye. Kalau tak nanti sakit perut.
  • Setelah minyak naik, masukkan air asam jawa.
  • Masukkan kerang dan tunggu sehingga masak.


Ayam masak merah

Bahan2:
  • Ayam digoreng
  • Cili kering (dikisar halus)
  • 2 labu bawang besar (dikisar halus)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • Seinci halia (dikisar halus)
  • 2 batang serai
  • 4 sudu sos cili
  • Sedikit air asam jawa (kalau nak guna sos tomato pon boleh)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk Sesedap Rasa
  • Minyak
Cara2:
  • Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar bersama serai.
  • Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa mengikut lidah anda.
  • Masukkan sos cili. Sos cili ni adalah untuk memekatkan kuah dia ye. 
  • Setelah minyak naik, masukkan air asam jawa. Gaul rata.
  • Pastikan tumisan betul2 masak sebelum masukkan ayam.
  • Masukkan ayam dan gaul rata.
Hidangkan untuk yang tersayang. Hi hi hi...


Ni untuk minum petang pula....


 Ini pavlova....bukan saya yang buat...percaya atau tidak..ini Didi yang buat.



Blueberry muffin...ini saya yang buat....nyum2!


Jemput makan semuanya....nom nom nom!


No comments: