Pages

Sunday

Jagalah Kesihatan~!

Assalamualaikum belog,

Hari ni saya nak berkongsi rasa gembira sebab hari ini merupakan hari yang ke-5 saya tidak menjamah nasi. Hooray! Ini merupakan satu kejayaan yang sukar dicapai oleh anak Melayu Jawa. Ha ha ha. Silapnya saya tidak membeli weight scale pula. Tapi biar inci sahaja yang dapat diukur. Sebab kalau nak tengok berat, memang stress kalau nak mengamalkan healthy diet ni.

Baru2 ni saya ada berjumpa dengan seorang doktor di Pusat Kesihatan UMP sebab saya mahukan surat sakit untuk diberikan kepada pihak hostel bagi membolehkan saya mendapat bilik paling bawah. Masa mula2 saya ceritakan kepada doktor mengenai masalah kesihatan saya, dia sangat2 terkejut. Setelah diteliti MRI scan saya, dia memarahi saya sebab dia kata saya tak jaga kesihatan. Sedih gak dengar macam tu. Tapi nak buat macam mana, bila saya sakit dan berjumpa doktor, doktor hanya mengatakan sakit saya adalah sakit biasa sahaja. Setiap kali pergi. Sebab tu saya jarang nak berjumpa dengan doktor. So, berbalik kepada cerita tadi, doktor tersebut memberi amaran kepada saya untuk menjaga kesihatan dan berhati2 dalam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan penggunaan tulang belakang. Risiko untuk lumpuh  kemungkinan akan berlaku memandangkan kaki saya masih terasa kebas kesan dari impact pada tulang belakang. Takut kan??

So, mulai dari amaran doktor tersebut, saya telah menukar lifestyle saya. Bermula dengan pemakanan yang sihat di mana saya tidak menyentuh langsung sebarang nasi dan makanan yang bergoreng. Saya hanya mengambil makanan yang berasaskan oat, buah2an, sayur2an, roti wholemeal, ikan dan ayam yang dimasak secara tidak bergoreng dan berusaha untuk mengambil sumber tenusu yang saya tak berapa suka. Di samping itu saya turut mengambil VCO bagi memberikan saya tenaga dan memulihkan sistem dalam badan. Memandangkan saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak seperti bersukan, saya hanya mengambil aktiviti berjalan kaki ke kuliah dan fakulti. 



Setakat ini, alhamdulillah kerana saya rasa best dan happy. Masa mula2 dapat amaran dari doktor, risau dan sedih jugak la. Takut pun ada. Mana taknya, saya cuba bayangkan saya lumpuh. Takut sangat. Seharian saya menangis. 

Ok la....kepada mereka di luar sana, kesihatan yang baik adalah satu anugerah. Jagalah kesihatan anda. Jangan mensia-siakan kesihatan anda. Andai masa boleh diputar balik, saya ingin menjaga betul2 kesihatan saya. 

"You are What You Eat!"

No comments: